Hukum Melabur dalam ASB, ASW dan sewaktu dengannya
Artikel ini , dipostkan dalam weblog ini setelah bertubi-tubi soalan diajukan kepada saya berkenaan perkara tersebut. Oleh kerana tidak mempunyai kepakaran di dalam bidang tersebut maka saya attach penjelasan Us Zaharuddin Abd Rahman ( sila rujuk website beliau http://www.zaharuddin.net )
Salam, Bismillah wa hamdalillah, Setelah membuat kajian di ASB , maka jawapan yang paling tepat untuk soalan ASB adalah seperti berikut :- Ia adalah haram dan tidak sah seratus peratus, seluruh dividen hasil ASB juga tidaklah sah di sudut syara' kerana sebeba berikut :- 1) Pelaburan ASB iaitu sebanyak 37.30 % ke Maybank ( perbankan Ribawi yang haram) 2) Commerce asset holdings berhad ( KOnvensional) - 1.11 % 3) British American Tobacco berhad 1.07 % 4) Malaysian National Reinsurance Berhad - 0.89 % ( insuran konvensional) justeru, jika menurut ukur rujuk (benchmark) peratusan pelaburan haram dalam sesbuah syarikat yang dibuat oleh Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti , ( rujuk keputusan Majlis Penasihat Shariah SC). Maka jumlah di atas sudah menjadikan pelaburan haram menguasi dana pelaburan ASB. ini menyebabkan nya menjadi haram. Bagaimanapun , kemudian timbul fatwa yang menghalalkannya atas hujah di atas. Bagaimanapun minta maaf saya katakan bahawa semua hujjah di atas terlepas pandang satu aspek kritikal dalam mengesahkan pelaburan ASB. iaitu aspek AQAD PELABURAN YANG digunakan. adakah ia mudabarah atau musyarakah atau apa? dan jika mudarabah, perlu diingat bahawa jika aqad nya tidak sah dari sudut syara' maka seluruh pelaburan adalah batal tanpa mengira dalam industri halal atau haram ia dilaburkan. Maka setelah saya merujuk ke PNB, dan buku prospektus ASB. saya dapati bahawa termaktub bahawa capital (modal) pelaburan ASB adalah di jamin oleh PNB. ini bermakna sayarat dalam aqad pelaburan ini telah bercanggah dgn syarat pelaburan Mudarabah dalam Islam. Menurut mazhab Syafie, aqad pelaburan tadi adalah batal. Malah modal pelaburan tidak boleh dijamin oleh pihak yang mengurskan pelaburan juga di fatwa kan oleh Majma' Fiqh Islami atau OIC Islamic Fiqh Academy dalam konvensyen ke 9 mereka telah memutuskan bahawa jaminan modal hanya dibenarkan jika ia datang dari pihak ketiga. dan dengan syarat ia tidak dimasukkan di dalam kontrak mudarabah. Adakah ini dijaga oleh ASB...tidak sama sekali kerana mereka langsung tidak mempunyai Penasihat Shariah. Sepatutnya jika Malasyia ingin menjadi Global Islamic banking and Finance Hub.. sebagaimana di warwarkan Oleh Dato' Seri Najib, PNB harus di Islamisasikan terlebih dahulu. gunakan konsep mudarabah dalam pelaburan mereka dan melabur di kaunter halal sahaja. Banyak lagi kaunter halal untuk melabur wp kurang sikit dividen, biar halal walaupun sedikit, daripada banyak tapi haram . sekian, wallahu a'lam.
Us Zaharuddin Abd Rahman
# Untuk Maslahah, saya tidak postkan di sini tentang isu pinjaman PTPTN untuk tidak menimbulkan kecelaruan / keresahan terutamanya para pelajar pengajian tinggi, namun anda boleh layari website beliau (Us Zaharuddin) dan fatwa JAKIM jika amat terdesak ingin mengetahui persoalan tersebut dan masih tercari2 jawapannya......
No comments:
Post a Comment