2.4 Karya-karya Penulisan Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ
Sebagai penulis yang prolifik dan produktif, Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ telah menghasilkan penulisan dengan begitu banyak sekali di dalam pelbagai disiplin ilmu-ilmu Islam. Sebahagian daripadanya dikategorikan sebagai karya agung. Wan Mohd Shaghir menyatakan bahawa Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ telah menghasilkan karya yang paling lengkap di dalam aqidah versi jawi melalui Ward al-Zawahir, manakala karya fiqh melalui kitab Furu’ al-Masa’il. Kedua-duanya dikategorikan sebagai karya agung. Kedudukan beliau sebagai penterjemah dan syarah terhadap kitab-kitab ulama terdahulu di samping kebolehannya yang luar biasa di dalam menguasai ilmu-ilmu yang dipelajari membolehkan beliau menghasilkan karya-karya yang paling banyak di kalangan ulama di kepulauan Melayu. Tambahan lagi, terdapat di kalangan murid-murid beliau yang terlibat secara khusus menyalin ilmu-ilmu yang diajar beliau dan kemudiannya ditashih (semak) oleh beliau sendiri catitan tersebut.
Para pengkaji berselisih di dalam menentukan bilangan sebenar karya-karya yang telah dihasilkan oleh Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ. Menurut Wan Mohd Shaghir, Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ telah menghasilkan sebanyak 66 buah karya yang dapat dikesan. Manakala terdapat juga karya-karya kecil yang berbentuk risalah atau catatan ringkas yang mana jika dikira ia boleh mencecah sehingga 101 buah kesemuanya. Manakala Bradley mencatatkan sebanyak 69 buah karangan Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ. Tetapi Ismail Che Daud menyatakan karangan beliau hanyalah berjumlah 41 buah sahaja. Terdapat perbezaan kuantiti karangan Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ adalah disebabkan oleh sebahagian daripada hasil karya beliau tidak ditemui. Manakala sebahagian yang lain pula dicetak dengan jumlah yang terhad dan disimpan sebagai koleksi peribadi individu-individu tertentu sahaja. Bahkan terdapat juga catatan tangan beliau sendiri ataupun murid-murid beliau yang belum dicetak dan tersimpan sebagai manuskrip seperti sebahagiannya yang masih tersimpan di Perpustakaan Negara Malaysia dan Pusat Islam. Ketidakbolehan untuk mengekses kepada sebahagian daripada karya-karya Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ menyebabkan para pengkaji berbeza pendapat di dalam menentukan bilangan karya-karya tulisan beliau.
Terdapat beberapa karya Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ yang merupakan terjemahan daripada kitab-kitab karangan ulama terdahulu. Beliau menterjemahkan kitab Minhaj al-Abidin (1240 H) dan Bidayat al-Hidayah (1253 H) dengan menggunakan nama judul yang sama dengan karangan al-Ghazali. Begitu juga dengan terjemahan terhadap kitab Kashf al-Ghummah (1238 H) menggunakan judul yang sama dengan karya asalnya oleh Shaykh Abd al-Wahhab al-ShaÑrani. Beliau juga menterjemahkan kitab Hikam Abi Madyan dalam karyanya bertajuk Kanz al-Minan (1240 H). Manakala Matn Zubad diterjemahkan dan disyarahnya di dalam kitab Fath al-Mannan (1249 H). ia adalah terjemahan daripada karangan Ibn Ruslan al-Dimashqi. Kitab Bahjat al-Saniyyah (1258 H) merupakan terjemahan daripada kitab Sayyid Ahmad al-Marzuqi yang bertajuk Tahsil Nail al-Maram. Di samping itu, beliau juga memberi ulasan dan syarah terhadap kitab tersebut.
Terdapat pertikaian di kalangan para pengkaji tentang sebahagian daripada karya-karya Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ sama ada ia adalah karya beliau ataupun orang lain. Di antaranya ialah kitab Sharh Hikan Ibn Ata’ Allah al-Askandari (1149 H) yang menjadi pertikaian di kalangan para pengkaji sama ada ia adalah karangan Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ ataupun Shaykh Abdul Malik bin Abdullah (Tok Pulau Manis). Setelah diteliti ternyata ia bukan karangan Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ. Kekeliruan terhadap kitab Sharh Hikam sebenarnya disebabkan terjemahan beliau terhadap kitab Sharh Hikam Abi Madyan bukannya Ibn Ibn Ata’ Allah al-Askandari. Begitu juga dengan nama guru beliau Ibn Ata’ Allah yang dimaksudkannya bukanlah Ibn Ibn Ata’ Allah al-Askandari sebaliknya yang nama yang dimaksudkan ialah Ibn Ata’ Allah al-Masri al-Makki.
Terdapat juga pertikaian tentang kitab Manhal Safi yang tidak dinyatakan tahun penulisannya. Menurut Wan Mohd Shaghir, kitab tersebut adalah karangan Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ di dalam tasawwuf yang menghuraikan istilah-istilah penting tasawwuf. Namun ada juga yang mengatakan ia adalah karangan guru beliau iaitu Shaykh Abdul Rahman bin Abdul Mubin Pauh Bok. Manakala yang lain mengatakan karya ini adalah karangan Shaykh Abdul Qadir Bukit Bayas. Begitu juga dengan kitab MatlaÑ al-Badrayn yang sandarkan kepada Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ sebagai pengarangnya. Tetapi yang sebenarnya ia adalah karangan cucu saudaranya Shaykh Muhammad bin Ismail Daud al-Fatani (Shaykh Nik Mat Kecik).
Menurut Wan Mohd Shaghir, beberapa karya Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ boleh dikategorikan sebagai karya agung seperti Ward al-Zawahir (1245 H) dan FuruÑ al-Masa’il (1257 H). Justifikasi yang menyatakan Ward al-Zawahir sebagai karya agung ialah kerana ia merupakan karya yang paling tebal dan paling lengkap perbahasannya di dalam aqidah di kepulauan Melayu yang menggunakan tulisan jawi. Manakala kitab Furu al-Masa’il adalah yang pertama dan paling lengkap dalam membicarkan persoalam cabang-cabang (furuÑ) fiqh.
Terdapat juga karya-karya Shaykh DÉwËd bin Abdullah al-FaÏÉnÊ tidak dapat dikesan atau ditemui tetapi ada disebut di dalam penulisan ulama-ulama dan para pengkaji sebagai karya-karya beliau. Di antaranya seperti kitab Kisah Nabi Yusuf, Hikayat Lelaki Salih, Muqaddimat al-Kubra, al-Qurb ila Allah, Kifayat al-Jawiyat, Jinayat al-Taktub dan TaÑalluq bi Kalimat al-Iman.
Di antara beberapa karya beliau yang lain sama ada ditemui dan dicetak di Mekah, Mesir, Turki mahupun di Singapura, Malaysia dan Patani yang dikesan tarikh ia ditulis atau diterbitkan mahupun tanpa tarikh ditulis atau dicetak adalah seperti berikut :
1. Kifayat al-Muhtaj (1224 H. / 1808 M)
2. Idah al-Bab (1224 H. / 1809 M)
3. Ghayat al-Taqrib (1226 H. / 1811 M)
4. Nahj al-Gharibin (1226 H. / 1811 M)
5. Bulugh al-Maram (1227 H. / 1812 M)
6. Al-Durr al-Thamin (1232 H)
7. JamÑ al-Fawa’id wa Jawahir al-Qala’id (1239 H)
8. Munyat al-Musalli (1242 H)
9. Hidayat al-MutaÑallim (1244 H)
10. Uqdat al-Jawahir (1245 H)
11. Mudhakarah al-Ikhwan (1249 H)
12. Jawahir al-Saniyyah (1252 H)
13. Al-Bahjat al-Wardiyyah (1258 H)
14. Al-Bahjat al-Mardiyyah (1259 H)
15. Bughyat al-Tullab (n.d)
16. Diya’ al-Murid (n.d)
17. Al-Said wa al-dhaba’ih (n.d)
18. Kitab Sifat Dua Puluh (n.d)
19. Irshad al-Atfal al-Mubtadi’in fi Aqidat al-Din