Saturday, April 23, 2011

the mehodologi of ward al-zawahir

CHAPTER 4

THE METHODOLOGY OF THE COMPOSITION OF WARD AL-ZAWAHIR

4.1 Pengenalan

Ward al-Zawahir adalah salah satu daripada karya utama Shaykh Dawud bin Abdullah al-Fatani dan didakwa sebagai karya agung di dalam Usul al-Din yang paling lengkap dalam versi jawi. Berdasarkan jumlah 430 muka surat di dalam tulisan jawi halus versi kitab kuning, Ward al-Zawahir perlu dibuat penelitian dan pemeriksaan lanjut untuk memastikan sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut. Untuk tujuan tersebut, beberapa aspek metodologi yang terdapat di dalam Ward al-Zawahir hendaklah diteliti seperti sumber-sumber rujukannya, pengunaan dalil-dalil wahyu dan akal, metodologi penulisan dan beberapa aspek reformasi aqidah beliau di dalam karya tersebut. Dengan itu, beberapa hasil penelitian tersebut dapat diperolehi untuk mengetahui tahap kesarjanaan beliau di dalam cabang ilmu seperti aqidah, tasawwuf, fiqh, tafsir dan hadith dapat dinilai secara akademik.

Di samping itu, sikap beliau terhadap persoalan aqidah semasa zamannya dapat diberi perhatian di samping melihat sejauh mana beliau menangani aliran-aliran pemikiran di dalam aqidah dan kaedah integrasi (tawfiq) di antara pendekatan literal dan interpretif dilihat signifikan di dalam menghadapi kemelut aqidah di zaman beliau di akhir abad ke-18 dan 19 terutamanya terhadap masyarakat melayu yang dilihat melalui refleksi beliau terhadap persekitaran tersebut seperti yang terkandung di dalam Ward al-Zawahir.

Justeru, beberapa fakta-fakta lain dapat diperolehi seperti konsistensi beliau di dalam metodologi aqidahnya dalam penulisan kitab Ward al-Zawahir dan juga pengaruh-pengaruh lain terhadap penulisan karya aqidah beliau akan dapat dikesan. Hasil daripada penilitian tersebut, berkemungkinan besar akan dapat mencungkil keunikan penulisan beliau di samping memperbaiki beberapa aspek kelemahan yang boleh diperkasakan lagi nilai ilmiahnya daripada Ward al-Zawahir secara khusus dan juga pemikiran dan penulisan aqidah beliau secara umumnya untuk kewajaran dakwaan sebagai karya aqidah yang agung dan paling komprehensif di alam Melayu.

No comments: