Saturday, April 23, 2011

the mehodologi of ward al-zawahir

CHAPTER 4

THE METHODOLOGY OF THE COMPOSITION OF WARD AL-ZAWAHIR

4.1 Pengenalan

Ward al-Zawahir adalah salah satu daripada karya utama Shaykh Dawud bin Abdullah al-Fatani dan didakwa sebagai karya agung di dalam Usul al-Din yang paling lengkap dalam versi jawi. Berdasarkan jumlah 430 muka surat di dalam tulisan jawi halus versi kitab kuning, Ward al-Zawahir perlu dibuat penelitian dan pemeriksaan lanjut untuk memastikan sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut. Untuk tujuan tersebut, beberapa aspek metodologi yang terdapat di dalam Ward al-Zawahir hendaklah diteliti seperti sumber-sumber rujukannya, pengunaan dalil-dalil wahyu dan akal, metodologi penulisan dan beberapa aspek reformasi aqidah beliau di dalam karya tersebut. Dengan itu, beberapa hasil penelitian tersebut dapat diperolehi untuk mengetahui tahap kesarjanaan beliau di dalam cabang ilmu seperti aqidah, tasawwuf, fiqh, tafsir dan hadith dapat dinilai secara akademik.

Di samping itu, sikap beliau terhadap persoalan aqidah semasa zamannya dapat diberi perhatian di samping melihat sejauh mana beliau menangani aliran-aliran pemikiran di dalam aqidah dan kaedah integrasi (tawfiq) di antara pendekatan literal dan interpretif dilihat signifikan di dalam menghadapi kemelut aqidah di zaman beliau di akhir abad ke-18 dan 19 terutamanya terhadap masyarakat melayu yang dilihat melalui refleksi beliau terhadap persekitaran tersebut seperti yang terkandung di dalam Ward al-Zawahir.

Justeru, beberapa fakta-fakta lain dapat diperolehi seperti konsistensi beliau di dalam metodologi aqidahnya dalam penulisan kitab Ward al-Zawahir dan juga pengaruh-pengaruh lain terhadap penulisan karya aqidah beliau akan dapat dikesan. Hasil daripada penilitian tersebut, berkemungkinan besar akan dapat mencungkil keunikan penulisan beliau di samping memperbaiki beberapa aspek kelemahan yang boleh diperkasakan lagi nilai ilmiahnya daripada Ward al-Zawahir secara khusus dan juga pemikiran dan penulisan aqidah beliau secara umumnya untuk kewajaran dakwaan sebagai karya aqidah yang agung dan paling komprehensif di alam Melayu.

Tuesday, April 12, 2011

TIGA soalan untuk Mengenali Allah (ma'rifatullah)


TIGA SOALAN MENJAWAB TIGA ISU UTAMA KEHIDUPAN

Tiga soalan tersebut akan menjawab tiga persoalan asas kehidupan:

i. Siapa Allah (Tuhan) ?

ii. Siapa diri kita (manusia) ?

iii. Apa erti Islam ?

Tiga Persoalan tersebut dan jawapannya adalah seperti berikut :

Soalan 1 : Soalan : Dari mana asal (kejadian) kita ? Jawapan: Dijadikan oleh Allah

- Status : Hamba Allah dan khalifahNya

- Tugas : Mematuhi segala perintahnya (syariatnya ).

· Untuk kenal Allah (Ma’rifatullah) perlu cari Bukti/Dalil Allah sebagai Pencipta yang Maha Agung:

- Al-Quran (al-Baqarah : 21)

- Hujah akal

- Fakta Sejarah

- Fakta Geografi / Alam

- Penyelidikan Sains.

· Iman juga meningkat dengan Amal soleh - Kepatuhan kepada segala suruhan Allah dan melaksanakan syariatNya - akan memperolehi kebaikan (kebahagiaan) di dunia mahupun di akhirat.

· Sekiranya TIDAK mengenali Allah dan GAGAL menghayati konsep tersebut (bahawa watak yang paling baik untuk kita adalah HAMBA) nescaya ia akan membawa kepada:

i. Kemusnahan masa depan di akhirat (DOSA)

ii. Kehancuran dan huru-hara kehidupan di dunia ini.

· Al-Ghazali : org yg tidak kenal Allah (berdosa) mempunyai sifat : (1) Rububiyyah (2) Syaitaniyah (3) Bahimah (4) Sab’iyah

· Orang yang kenal Allah adalah yang BERJAYA : (1) Di dunia (dikawal oleh disiplin dosa & pahala) (2) Di akhirat (pahala ke syurga)

· Kesimpulan : Tak mengenal Allah – punca segala masalah – bawa masalah (di dunia) dan bermasalah di akhirat.

Soalan 2 : Soalan : Kenapa kita datang ke dunia ini (apakah matlamat hidup) ? Jawapan: Mengabdikan diri (patuh) kepada Allah….. (lihat al-Dzariyat: 56)

- Peranan sebagai hamba dan Khalifah (menunaikan amanah)

i. Skima/Silibus : al-Quran dan hadith

ii. KPI : Rasulullah s.a.w (syarat diterima amal : (1). Ikhlas (2). Menepati Syara’)

iii. Neraca Kawalan : Dosa dan Pahala (Syurga dan Neraka)

Soalan 3 : Soalan : Kemanakah kita selepas ini (kematian) ?

Jawapan: (i). Dikembalikan balik kepada Allah (ii). Akan disoal dan diberi pembalasan..( al-Maidah: 48,105)

i. Soalan ini dapat menjadi kawalan dan ingatan terbaik kepada kehidupan manusia di dunia.

ii. Ia menjadikan hidup seseorang itu dengan penuh amanah dan integriti.

iii. Kalau hendak selamat (demi keamanan dan keadilan hidup didunia dan kebahagiaan yang kekal abadi di akhirat – ikuti syariat Islam…(Maksud hadith Bukhari : ikutlah Islam nescaya kamu selamat)

Kesimpulan/Tindakan

1. Fokuskan ilmu (pengajaran & pembelajaran) kpd mengenal Allah (ma’rifatullah) yg dapat meningkatkan nilai perhambaan. Jadikan disiplin ilmu masing-masing sebagai usaha mengenal Allah, cth. Sains-geografi-sejarah-seni & sastera dan agama.

2. Jadikan konsep dosa dan pahala sebagai “reminder” kehidupan muslim agar sentiasa berada dalam skop ibadah dalam amalan harian.

3. Sentiasa muhasabah dan ingat mati dgn menziarahi orang sakit, mati dan kubur (org yg cerdik ialah yg sentiasa muhasabah dan buat persiapan…hadith)

4. Cari bukti utk yakinkan diri sendiri & org lain bahawa “Islam hebat : ikut Islam kamu selamat” dgn buat pengamatan/kajian/observasi……

5. Ikhlaskan niat dan sentiasa ber “NIAT” (azam) yg baik sepanjang masa (24 jam) agar niat tersebut menjadi realiti (amal soleh) cth. Niat - mathurat, solat sunat dhuha, solat qabliyah & ba’diyah,sedekah, hadir majlis ilmu,tahajud dan witir di samping berusaha (formula wudhuk 2K 4B)

ringkasan drp siri kuliah kitab Raudhah al-Jannah

Disusun oleh : Hasbullah Mohamad