Thursday, August 2, 2007

Erti sebuah Kemerdekaan

Kebebasan (Kemerdekaan) Menurut Perspektif Islam


1.0 Mukaddimah

Kebebasan merupakan impian setiap insan untuk memastikan survival kehidupan mereka terpelihara dan terjamin. Allah (swt) telah menjelaskan dengan terperinci tentang kebebasan manusia dan hak asasi mereka seperti yang terkandung di dalam ajaran Islam , bersifat komprehensif untuk semua keadaan dan setiap masa tanpa diragui lagi kebenarannya.



2.0 Pengertian kebebasan ( الحر)

Menurut bahasa Arab (الحر ) bermaksud kebebasan. Bebas menurut Kamus Pelajar Delta bermaksud keadaan bebas, kemerdekaan (freedom, liberty). Berdasarkan pengertian tersebut, kebebasan memberi pengertian membebaskan diri daripada mana-mana belenggu penjajahan dan kongkongan sesama manusia dan lain-lain makhluk yang setaraf dengannya atau lebih rendah.

Islam melihat kebebasan dan kemerdekaan yang sebenar ialah membebaskan manusia daripada kekuasaan makhluk Allah kepada kebebasan diri dengan mengikut syariat Allah (swt) sebagai Pencipta alam semesta. Kebebasan tersebut tidak bersifat mutlak kerana ia tertakluk kepada peraturan dan ketetapan Pencipta yang mutlak (Allah).



3.0 Kebebasan menurut perspektif al-Quran

- Kebebasan sebenar ialah mengabdikan diri hanya kepada Allah dan membebaskan segala pengabdian selain daripadaNya.



(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:" Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (3: 35)



4.0 Kebebasan menurut perspektif al-hadith

- Hadith I : Pemahaman terhadap konsep hadith “dunia umpama penjara bagi mukmin” : kebebasan yang diberikan tidak bersifat mutlak.

"الدنيا سجن المؤمن وجنة الكافر"
“Dunia ini umpama penjara bagi mukmin dan syurga bagi orang kafir”

- Hadith II : kebebasan melakukan perkara yang tidak melanggar ketetapan dan sempadan Allah .

مثل

- Hadith III : Bebas memilih untuk melaksanakan sesuatu perkara dan bertanggungjawab di atas pilihan dan tanggungjawab yang dipikulnya (melainkan perkara yang wajib ke atas setiap mukallaf).
كلكم



5.0 Kebebasan beragama

- Tiada paksaan di dalam iktikad (beragama) dan bebas melaksanakan upacara syariat agama masing-masing. Firman Allah:


“Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (2: 256)


- Peperangan di dalam Islam bertujuan untuk membebaskan orang yang lemah daripada belenggu kezaliman pemerintah musyrik.


Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).(22: 39)


- Kebebasan beragama dijamin di dalam Islam. Seperti wasiat Rasulullah kepada komander perang sebelum keluar berperang.



6.0 Membebaskan diri daripada syirik dan perhambaan sesama makhluk.

- Syirik merupakan kezaliman yang besar terhadap Allah ( kezaliman merupakan belenggu kebebasan sejagat) .

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar". (31: 13)


Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh. (4: 116)

- Konsep tauhid ( لااله إلا الله ) – bermaksud menghilangkan kekuasaan dan kekuatan selain daripada Allah, membebaskan manusia daripada belenggu makhluk kepada pengabdian diri secara mutlak kepada Allah (swt).
Oleh itu, jenayah kebebasan terbesar ialah selain daripada Allah sebagai pergantungan dan system kehidupan mereka seperti sekularisme, pragmatisme, materialisme, kapitalisme, sosialime dan lain-lain ideologi ciptaan manusia.


- Islam adalah agama fitrah. Secara fitrah semua manusia bencikan kezaliman. Seperti hadith Rasulullah (saw).





7.0 Kebebasan berfikir

Bebas daripada pemikiran yang bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam seperti pemisahan agama daripada aspek kehidupan (sekularisme), pembinaan nilai kemanusiaan berteraskan kebendaan semata-mata (materialisme) dan dualisme. Begitu juga usaha-usaha sesetengah golongan untuk mentafsirkan kembali Islam mengikut kehendak semasa dan keadaan serta menghalalkan perbuatan mereka walaupun menyimpang daripada al-Quran dan a-Hadith seperti liberalisme, positivisme, pragmatisme dan lain-lain.




8.0 Membebaskan diri daripada kongkongan Iblis dan hawa nafsu.

-Iblis merupakan musuh kepada kebebasan sebenar seseorang hamba kepada Allah.

Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; "Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur". (7: 16-17) .

- Orang yang cerdik ialah mereka yang membebaskan diri mereka daripada belenggu syaitan dan hasutan jahat mereka. Rasulullah (saw) bersabda:




9.0 Hak asasi dan kebebasan manusia

Piagam Islam Madinah merupakan perlembagaan Islam pertama dan merupakan perlembagaan bertulis pertama di dalam dunia . Ia juga mencatatkan deklarasi hak asasi manusia mendahului deklarasi “Hak Asasi Manusia Geneva 1958” . di antara isi kandungannya ialah :

i. setiap kaum diberi hak peribadi dalam mengamalkan acara agama mereka. Mereka berhak menghukum orang-orang mereka yang membuat kerosakan dan pengkhianatan terhadap perjanjian tersebut, sebaliknya keamanan kepada mereka yang mematuhi perjanjian tersebut.
ii. Kebebasan terjamin sepenuhnya kepada semua penduduk.
iii. Menjadi suatu kewajipan setiap penduduk Madinah Muslim atau non Muslim hidup saling bantu-membantu dari segi material dan moral khasnya dalam mempertahankan Madinah daripada serangan musuh sama ada dari luar mahupun dalam.
iv. Rasulullah (saw) diakui sebagai ketua bagi seluruh penduduk madinah. Baginda (saw) akan menyelesaikan segala masalah yang timbul dari penduduk Madinah. Rasul (saw) sebagai tempat rujukan.


10.0 Penutup

Kebebasan dan kemerdekaan yang sebenarnya ialah dengan mengikuti manhaj Islam melalui al-Quran dan al-Hadith yang dijamin kebahagian yang abadi di sisi Allah dan juga dalam kehidupan keduniaan.

No comments: