Mayat
pejuang Palestin, As-Syahid Syahib Ahmad Muhammad tidak
reput selepas (syahid) 19 tahun
Zionis Israel pada Khamis, 31 Mei lalu menyerahkan 91 cebisan mayat
syuhada’ Palestin kepada keluarga masing-masing. Semua mayat tersebut adalah
mereka yang melakukan serangan bom berani mati di kawasan-kawasan tumpuan bagi
membunuh penduduk Israel beberapa tahun lalu. Islammemo.cc melaporkan, dari kalangan mayat tersebut, seorang
daripadanya, As-Syahid Syahib Ahmad Muhammad yang terkorban 19 tahun lalu masih
terpelihara dan sedikitpun tidak terdapat kesan reput atau rosak pada mayatnya
seolah-olah baru meninggal dunia beberapa minit yang lalu.
Syahib
meninggal dunia pada 24 April 1993 ketika melakukan serangan berani mati dan
menemui syahid dalam operasi tersebut. Lihat di sini. Mengulas
keadaan mayat Syahib, seorang ulamak tempatan yang juga Pengerusi Majlis
Tertinggi Hakim Syar’ie, Syeikh Yusuf Ad’is berkata, “Demikian adalah petanda
kemuliaan dari Allah ke atas mereka yang syahid bahawa jasad mereka tidak akan
hancur. Ia juga tanda amalan soleh yang dilakukan olehnya diterima di sisi
Allah.”
Menurut
SAFA, 79 dari cebisan mayat syuhadak Palestin dibawa ke Ramallah untuk tujuan
upacara sambutan pada jam sekitar 3 petang, kemudian akan dihantar ke
wilayah-wilayah asal mayat syuhada’. Manakala, 12 dari cebisan syuhada’ akan
dibawa pulang ke Semenanjung Gaza. Kita yakin kemuliaanNya juga diberikan
kepada sekalian syuhada’ di Syria. Kalian juga wajar menyemai cita-cita untuk
syahid kerana kurniaan Allah amat luas buat para syuhada’ Nya. "Syahid
cita-cita tertinggi kami!"
Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Rabu, Jun 27, 2012