Monday, December 24, 2007

Anda Gelisah ?


HINDARI KEGELISAHAN


Pada suatu hari, seorang lelaki mendatangi seorang sahabat yg bernama Abdullah ibnu Masu'd. Lelaki itu berkata kpd Abdullah ibnu Masu'd: "Wahai ibnu Masu'd, nasihatilah aku dgn sesuatu yg dpt meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang."

Lalu Abdullah ibnu Masu'd menjawab: "Bawalah hatimu mengunjungi tiga tmpt. Pertama; ke tmpt org membaca al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya ataupun kamu sekadar mendengar pembacaan org lain. Kedua; kamu menghadiri majlis pengajian yg mengingatkan kamu kpd Allah. Ketiga; kamu mencari satu waktu yg sunyi, contohnya di waktu mlm dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadat kpd Allah serta memohon kpdNya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kpdmu. Jika slps melakukan kesemua itu jiwamu masih tidak tenteran, mintalah kpd Allah agar digantikan hatimu dgn hati yg lain krn hati yg kamu miliki skrg ini bukan hatimu."

Stlh mendengar nasihat Abdullah ibnu Masu'd, lelaki itu pun kembali ke rumahnya. Beliau terus berwudhu' dan membaca al-Quran dgn penuh khusyuk. Selesai membaca al-Quran, dia mendapati jiwanya berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahannya hilang

Sunday, December 16, 2007

Fikrah: Masa Depan di Tangan Islam

MASA DEPAN DI TANGAN ISLAM...
KENAPA DAN BAGAIMANA..?

Islam adalah manhaj hidup syumul
o Tasawwur i'tiqadi - jelaskan tabiat alam/ kedudukan manusia / tentukan matlamat kewujudan manusia. Sistem dalam hidup manusia - lahir dari i'tiqad tadi (akhlak, politik, sosial, ekonomi, antara bangsa dll)
o Kerana itu - masa depan di tangan Islam - kerana ia syamilah, mutakamilah, mulabbiyah keperluan dan fitrah manusia serta muhaimanah.
o Islam bukan dalam hati tersorok dari realiti hidup manusia, bukan syiar2 ibadah, bukan jalan untuk kebahagian akhirat semata (tetapi kemudiannya perlu manhaj lain untuk bahagia dunia). Ini bukan sifat deen Islam.
o Cubaan dan usaha besar sejak dulu lagi - untuk uzlahkan Islam dalam hati, larang dari masuk campur dalam realiti hidup dan halang dari kuasai hidup manusia --- sedangkan itulah tabiat, hakikat dan tugas Islam. (syumul, waaqi'iyyah dan haimanah).
o Musuh salibiyyah dan zionis cuba lakukan ini semua.. tanda kemenangan awal mereka untuk langkah seterusnya. Ataturk, negara2 yang dijajah dan akhirnya letakkan Islam dalam urusan nikah kahwin dan pusaka sahaja. Langkah akhir --> hapuskan aqidah Islam langsung dan gantikan dengan aqidah baru.
o Pukulan teruk ke atas cubaan bangkitkan semula Islam yang benar di seluruh dunia - semua musuh bersatu walaupun sebelum ini tak pernah bersatu - bersatu kerana takutkan kebangkitan Islam.
o Tapi hakikat Islam lebih besar, kukuh dan dalam - musuh tak akan berjaya - disamping keperluan manusia amat besar terhadap Islam - manusia sedang meraung meminta pertolongan.
o Manusia mencari manhaj penyelamat - semua sifat dinyatakan dan semua sifat itu hanya ada pada Islam.
o Manusia tak akan tahan lama kesakitan - cuba pelbagai cara tapi tak sembuh - sbb kesemuanya hanya pengalaman dan pemikiran manusia yang lemah, jahil dan terikat dengan al-hawa. Hanya Islam sahaja mampu mengeluarkan manusia dari menyembah sesama manusia kepada menyembah Allah sahaja.
o Perpisahan jalan antara manhaj Islam dengan manhaj-manhaj lain ialah: Islam hanya mengambil Allah sebagai sumber tasawwur, nilai, neraca, sistem, peraturan, undang2, arahan, akhlak dan adab2. Manhaj lain ambil sesama manusia.
o Manhaj itu adalah sistem jahiliyyah w/p beza masa lahir, tempat dan suasana. Sedangkan Islam datang nak runtuhkan semua itu kerana semua alam hanya menerima sistem Allah sahaja. (3:83) kehancuran akan berlaku bila bertentang dengan perjalanan alam seluruhnya, kerana dia adalah sebahagian dari alam itu. Pertentangan zahir dan batin.
o Manhaj Islam - bukan untuk masa atau tanah atau situasi tertentu... sebagaimana seluruh alam tidak berubah.
o Kita yakin... manusia sedang menuju kepada Islam...
o Kita yakin ... sebarang usaha untuk menolak Islam akan gagal.. tanda gagal telah kelihatan pada kehidupan manusia.

DIN ADALAH MANHAJ KEHIDUPAN
.
o Sistem masyarakat - ada hubungan erat dengan tasawwur i'tiqad - bahkan kelahiran tabi'i darinya. Ia menyesuaikan diri dengan penafsiran i'tiqad tersebut terhadap alam, kedudukan manusia dan matlamat manusia di alam ini.
o Kerana - sistem manusia ialah bertujuan untuk mencapai matlamat kewujudan manusia. Ia menentukan perjalanan dan jalan yang akan diambil, bentuk hubungan dengan alam kelilingnya.
o Inilah 'sistem masyarakat'. Bila tiada berlaku asas ini dan tiada penyelarasan ini--> manusia akan merana w/p hebat kemudahan material dan produk.
o Cara kelahiran dan penyesuaian: bukan hanya pada sistem luaran tetapi juga pada seluruh sistem hidup termasuk perasaan, akhlak, syiar dan adat resam.
o Oleh itu: deen adalah manhaj hidup dan manhaj hidup adalah deen. Deen sekumpulan manusia ialah cara hidup mereka. Cara hidup mereka adalah deen mereka. (applykan pada Islam dan orang Islam hari ini..!) Jika ikut cara hidup aturan Allah --> deen Allah. Jika tidak jadi deen raja, ketua, manusia, bangsa dll (12:76)
o Semua sistem buatan manusia sebenarnya ada tasawwur i'tiqad mereka... bukan hanya sistem luaran zahir.
o Oleh itu semua sistem hidup adalah 'deen' - deen kapitalis, deen sosialis, deen demokrasi, deen nasionalis ... dan semuanya adakah bukan deen Allah. (3:83, 109:6)
o Oleh itu juga --> deen Allah bukan hanya pegangan dalam hati terpisah dari realiti hidup seharian, ATAU syiar2 ATAU nikah kahwin. Kemudian bidang hidup lain diambil dari sumber lain. Allah hanya kuasai hidup akhirat dan untuk dunia manusia bebas pilih sumber lain. Seolah Allah ada bidang kuasanya dan selain Allah ada bidang kuasanya. Sungguh lucu dan inilah maksud 9:31.
o Kesatuan individu manusia... gerakan dan hidup manusia perlukan satu manhaj sahaja...dari satu tasawwur sahaja. Jika hati dan ruh mengikut Allah dan luaran ikut tasawwur buatan manusia --> jadi sakit Schizophrenia. (seperti barat yang terpisah antara ajaran kristian dan tamaddun mereka).
o Islam : tafsir menyeluruh terhadap alam wujud dan hubungan dengan pencipta, kedudukan manusia dan matlamat kewujudan mereka. islam jelaskan bentuk hubungan semua ini dan wasilah untuk mencapai kesemua ini bagi kebahagiaan dunia dan bahagia akhirat. Semuanya dengan manhaj yang satu dan tak perlu sakit Schizophrenia.
o Oleh itu Islam datang dengan kedua2: tasawwur i'tiqad dan sistem masyarakat.
o Taurat - datang dengan aqidah dan syariat. Mereka perlu ikut hukum taurat. (5:44-45).
o Injil - untuk menguatkan taurat dan beberapa perubahan kecil hukum. (5:46-47)
o Quran - diturun untuk dipraktikkan... adakah masih mahukan peraturan jahiliyyah? Hukum Allah tidak baikkah? (5:48-50)
o Contoh2 lain bahawa deen adalah tasawwur i'tiqad dan pelaksanaan amali: (Syura:10-15, Hud: 84-87, Syua'ara:150-152, Baqarah:213).
o Hilang erti deen jika hanya untuk masalah ruh sahaja atau syiar ibadah sahaja atau sebahagian bidang hidup manusia sahaja.
o Pengertian ini dahulunya tidak dipertikaikan ... hingga berlaku peristiwa di Eropah. Ianya tidak berlaku di tanah Islam.. tetapi telah diimport sebiji dari Eropah.

PEMISAHAN YANG MENYAKITKAN.....
o Bukan sifat deen - dipisahkan atau disempitkan. Bukan sifatnya diesakan Allah pada sebahagian hidup dan kemudiannya diserahkan bidang lain kepada tuhan2 lain untuk mencipta kaedah, sistem dan undang2 tanpa merujuk kepada Allah.
o Bukan tabiat deen: buat jalan ke akhirat tanpa lalu di dunia- sampai ke syurga di akhirat tanpa mengikut cara yang dikehendaki Allah.
o Bukan tabiat deen: hanya jadi bahan upacara tradisi yang tidak ada kaitan dengan sistem hidup harian.
Dari mana datang bentuk yang wujud hari ini...? Macamana berlaku ?
o Pemisahan ini mula di Eropah.. dalam suasana perit dan kemudian merebak merosakkan dunia ketika tamaddun barat mula menjenguk dan menguasai dunia seluruhnya.
o Manusia sedang berteriak kesakitan.... mencari ubat dan penawar....
Apa telah berlaku di Eropah dulu..?
o Yahudi (Umat Nabi Musa) diberi syariat. Nabi Isa didatangkan untuk bawa sedikit perubahan - diperangi dan Yahudi pujuk raja Syam. Selepas Nabi Isa, kristian benci Yahudi dan sebaliknya (perpecahan tak sepatutnya dikalangan Bani Israel).
o Kitab Injil tinggal tiada syariat. Syariat dalam Taurat. W/p begitu injil yang benar mampu beri tasawwur i'tiqadi jika masih kekal seperti asal.
o Rom pemerintah Syam tekan pengikut Nabi Isa as. Hawariyy sembunyi dan sampaikan injil senyap2. Mula campur aduk antara kalam Allah dengan cerita dan riwayat Nabi Isa. Jadi banyak Injil. Mula ditulis selepas 40 atau 64 tahun. Bahasa juga berbeza2.
o Paul masuk kristian dari agama Rom, campur aduk dengan ajaran rom dan greek. Bawa kristian ke Eropah. Paul tulis surat2 nya.. bercampur aduk antara benar dan salah.
o Krisis sebenar bermula- maharaja Constantine masuk kristian - 355M. Tak ikut ajaran kristian. Zalim dan maksiat kecuali sebelum mati. Kristian tak boleh hapuskan berhala rom. Campur aduk. Timbul krisis politik.
o Perang berlainan akidah Rom dan Qibti Mesir. Berlarutan. Akhirnya tasawwur i'tiqadi kristian jadi caca merba. Tak mampu mengubat manusia dan bentuk sistem masyarakat.
o Lebih dahsyat: Rom mewah, rosak akhlak, hidup foya-foya, seronok, hedonisma dan pegangan mereka "hidup adlah peluang untuk berseronok". Emas perak, makanan, pakaian, musik dan artis, arak, tempat hiburan yang banyak, seks bebas, segala lucah, sukan perlawanan sesama manusia atau dengan binatang dll.
o Kristian masuk dan ingin melawan semua ini. Tak mampu kerana tasawwur i'tiqad mereka tidak betul. Ekterim ke arah rahbaniyyah. Pemisahan jauh antara keduanya. Manusia tak mahu kepada agama.
o Orang ramai terserempak: kehidupan paderi juga penuh maksiat dan dosa.(kerana melawan fitrah manusia). Kumpul duit, jual keampunan, rasuah, makan riba. (Leo ke 10 - belanjakan duit sebelumnya, semasanya dan penggantinya. Seluruh perbelanjaan Perancis hanya untuk Pope).
o Paderi berebut jawatan dan kuasa dengan raja dan pembesar. (1077M- kesah Henry ke-4 sujud dan meminta maaf kepada paderi). (1245 M- Innocent ke-4 mahu pecat Maharaja Frederick II).
o Akhirnya tiba ke penghujung masalah - dosa gereja terhadap eropah, kristian dan seluruh agama lain sedunia ialah bila: GEREJA TIDAK MEMBENARKAN ORANG LAIN MEMAHAMI KITAB SUCI.
o Gereja masukkan ajaran2 pelik dan syiar ibadah pelik.(seperti asya' rabbani- Lord's Supper).
o Paderi halang orangramai baca kendungan kitab suci. Paderi dakwa pelbagai teori sejarah, geografi, sains bercampur aduk khurafat dan paksa orang ramai terima. Ini jenayah besar paderi Eropah. Membina agama atas sains yang tidak tetap.
o Saintis jumpa sebaliknya- gereja tuduh murtad. Di bunuh 300,000 saintis. 32,000 dibakar. (antaranya Giordano Bruno, Galillleo dll).
o Perang dan kebencian saintis terhadap gereja - benci segala yang berkaitan dengan agama --> benci semua agama.
o Inilah deen yang di'godam' oleh eropah. Ia diikut oleh semua kakak tua seluruh dunia tanpa beza terhadap deen mana sekalipun. Deen eropah ini rosak sejak awal lagi. ‘Orang deen’ bentuk ini hanya wujud di eropah... tidak ada di tempat lain. Oleh itu mungkinkah penyelesaian masalah ini datang dari eropah? Eropah yang telah memisahkan deen dan kehidupan itu..?

BERLALU SUDAH PERANAN ORANG PUTIH...!
o Tamaddun mereka sudah muflis - ketandusan tasawwur, prinsip dan nilai untuk memimpin manusia. Sejak Magna Carta (1215) dan Revolusi Perancis (1799) tiada benda baru. Semuanya dari syaitan dan hawa dan tidak dapat tahan lama. Bertentangan dengan fitrah.
o Asas tamaddun mereka-- musuhi deen dan menyanggahi keperluan sebenar manusia.
o Manusia menderita disebabkan tamaddun mereka cipta sendiri - asal tamaddun sepatutnya untuk bahagiakan mereka. Fitrah manusia bergelut dengan tamaddun - mesti kemenangan di pihak manusia kerana fitrahnya lebih kuat dari tamaddun yang baru 'menyibuk.'
o Komunis dan sosialis.. juga tak mampu - kerana asasnya juga sama. Menafikan fitrah manusia (disamping menafikan hakikat alam sejagat). Komunis: manusia digerakkan oleh perut - spt binatang. sejarah berubah kerana ekonomi..... mereka ingat dunia bahagia dengan hanya revolusi ke atas borjois...
o Tasawwur teruk komunis macam tu tak mungkin lahirkan sistem masyarakat yang bahagiakan manusia. Komunis gagal dari detik pertama dalam praktiknya.... mula ubah dan dakwa itu adalah perkembangan.
o Semua barat sama- w/p gereja tertutup di rusia dan terbuka di Eropah barat - kesemua sistem masyarakat barat adalah bukan dari tasawwur betul terhadap alam.
o Jangan kehebatan teknologi, roket dan komputer melupakan kita dari kesensaraan dan kemunduran akhlak manusia kini.
o Manusia adalah paksi dan penentu tinggi rendahnya kemanusiaan. Kebahagian ruh adalah neraca. Alat2 hanya untuk membantu bukan jadi penentu.
o Bila manusia jadi bahanapi untuk alat, hamba dan pengikut alat.......
o Bila mereka terperosok pemikiran, akhlak.
o Bila seks mereka teruk dari binatang..
o Bila tugas asasinya dah tak dilaksanakan.
o Bila mereka membunuh jemu dan boring mereka dengan menyiksa ruh. urat saraf dan fizikal dengan arak dan penenang.
o Bila mereka membunuh anak2 kerana petisejuk dan mesin basuh...
o Bila pencapaian tamaddun langsung tidak mengubah mereka... maka ini ertinya mereka perlu kepada manhaj hidup lain. Jika tidak ... pencapaian tamaddun ini akan terbazir dan tidak dapat dimanfaatkan sepatutnya oleh manusia seluruhnya. Aqal, sains dan ujikaji pengalaman manusia perlu sepatutnya digunakan untuk manfaat manusia.
o SEKARANG.. manusia perlu manhaj hidup baru berdasarkan tasawwur i'tiqad yang betul, bukan mengikut kanta sempit manusia mengikut akal, shahwat, al-hawa dan emosi mereka.
o Ini dilupai oleh barat dan tamaddun mereka.
o Manusia tetap manusia.. sama sejak dahulu. Ruh dan jasad.
o Manusia sibuk mengenyangkan kelaparan jasad dengan produk dan industri (filem, hiburan, alat dll) tetapi ini tidak mengenyangkan ruh. Ruh lapar kepada iman terhadap kekuatan yang hebat, alam yang tidak dicapai pancaindera, lapangan yang lebih besar dari hidup dunia dan lapar kepada penyelarasan dalaman dan realiti luarnya, antara syariah hati dan syariah hidup luarannya. Mana2 sistem hidup yang tak dapat mengenyangkan kesemua ini hanya akan menyiksa manusia.

LAUNGAN AMARAN........
o Ramai manusia melaungkan masalah mereka... tetapi jalan penyelesaian mereka juga kelihatan bodoh...Seperti duduk dalam kurungan- melompat tapi kaki terikat. Terikat dengan sains dan realiti.
o Penyelesaian --> pecahkan kurungan, keluar dan lihat dari luar. Tidak terikat dengan pandnagan dalam kurungan.
o Contoh kesedaran masalah dari orang barat sendiri:
o Alexis Carrel (1944) - (The Nobel Prize in Physiology or Medicine 1912).
o John Foster Dalas - Menteri Luar USA yang masyhur.

(Alexis Carrel- Man, the Unknown)
o Iklankan- manusia sebenarnya tidak mengenal manusia.
o Bagi yang berani ubah dengan menolak tamaddun industri kini demi untuk kemajuan umat manusia.
o Penerokaan sains kita lebih dari keperluan kita- kita membuang usaha melebihi sepatutnya.
o Kita lupa kesan industri kita terhadap fisiologi dan minda pekerja kerana semata2: "mendapatkan semaksima produk dengan seminima usaha dan modal."
o Manusia sepatutnya menjadi pengukur kepada benda lain.. yang berlaku terbalik. Kemajuan ilmu fizik atas ilmu kehidupan adalah bencana terbesar manusia. Ciptaan kita sendiri tidak sesuai untuk kita.
o Sepatutnya diberi lebih masa untuk melihat kelemahan akhlak dan pemikiran kita dan bukan tambah alat2 baru. Tiada guna tambah kemudahan, keindahan, kekomplekan jika tidak memberi manfaat yang besar berbanding keruntuhan akhlak.
o Manusia hasil warisan, persekitaran, resam dan pemikiran yang berlaku semasanya. Manusia tidak mampu menyesuaikan dirinya dengan persekitaran baru yang dicipta oleh teknologi. Persekitaran ini akan merosakkannya. Bukan salah teknologi tetapi salah manusia yang menciptanya kerana syok dengan teknologi tanpa tahu tujuan penciptaan dan penerokaannya.
o Penerokaan Alam 'jamad' bawa kita ke negeri tidak sesuai untuk kita dan menjadikan kita tak mampu mengendalikan diri sendiri..tapi menjadi hamba alat yang mengongkong kita. perkara ini dah berlaku 300 tahun.. sukar untuk keluar.
o Perubahan mendadak akan berlaku jika kita lari dari apa yang telah dibuat 300 tahun lampau--> kajian seni, keindahan, agama dll. Kajian hari ini akan kelihatan bodoh !
o Doktor akan ubah cara fikir- kenapa sibuk jaga orang sihat badan tetapi tidak risau orang sakit pemikiran dan akhlaq dalam masyarakat?
o Ekonomist akan fikir bagaimana bekalkan keperluan seni dan pemikiran manusia dan bukannya makanan dan wang.
o Pembebasan manusia dari mazhab kebendaan ini akan mengubah seluruh bidang hidup - tetapi ia akan ditentang oleh masyarakat moden.
o Ada bawa pendekatan psikologi.... freud.. tolak kebendaan..lagi teruk...
o Penyelesaian cadangan Alexis Carrel: perlu penekanan semula ilmu mengenal manusia.
Tapi...
o Manusia tak mungkin mampu diluar kemampuannya. Manusia terbelenggu dalam sempadan sains dan waqi' ciptaan mereka.
o Mundur manusia dalam sains kemanusiaan adalah hasil tabi'i dari penilaian yang salah terhadap peranan manusia dibumi- ketika terpisah dari tasawwur i'tiqadi yang silap.
o Kejar produktiviti - hasil dari sistem ekonomi tanpa tuhan
o Semua sistem masyakarat - ciptaan hasil benci pada agama.
o Dallas ; tamaddun kita tak akan boleh bertahan tanpa balik pada pembangunan ruh....

o Dallas tak faham- kristian yang ada- tak mampu kerana dah dirosakkan oleh Paul, Qostantine dan Paderi dan Gereja.
o Jika ikut kristian- banyak benda kena haramkan- riba dll
o Jurang kristian asal dan kehidupan barat semasa- sangat2 jauh... dijauhkan sejak 500 tahun.
o Tiada manhaj lain yang mampu kecuali Islam. Tetapi mengambil manhaj ini tak boleh hanya kerana ingin membenteras masalah2 terntentu yang berlaku dalam masyarakat sahaja.
o Islam hanya akan berfungsi bila diberi kuasa sebebas-bebasnya, menjadi tuan dan bukannya khadim (orang gaji?)

PENYELAMAT.....
o Penyelamat yang ditunggu- sifatnya hanya ada pada Islam.
o Ilmu kemanusiaan tidak mampu menangani masalah ini..
o Kerana Islam bukan ciptaan barat... mereka tak terima..
o Kerana mereka sendiri menyerang dan menentang Islam... tak mungkin mereka akan terima Islam sebagai penyelesaian.
o Islam melalui sifat dan hakikat yang ada padanya... mampu ! Kerana manhaj lengkap, kamil dan mutakamil. Ia tasawwur dan sistem kehidupan.
o Perubahan bukan dengan tekankan semula ilmu kemanusiaan... tak cukup dengan penempelan. Tetapi dengan ambil Islam dan yakin: manusia adalah manusia dan apa matlamat kewujudan mereka.
o Tidak mungkin manusia mampu untuk fikirkan sistem untuk manusia.. manusia boleh fikir fizik. kimia. medic dan mencipta alatan baru... namum mereka tak mampu cipta sistem hidup untuk mereka sendiri.
o Alam kebendaan suatu yang boleh dilihat dan diuji... alam manusia hakikatnya kabur.

Kesilapan lain:
o Rasa penguasaian manhaj ruh dalam kehidupan akan menolak ilmu2 materialism dan hasil tamaddun yang lahir darinya.
o Anggapan bodoh dan lucu- hasil dari sejarah panjang.
o Islam membebaskan akal dan suruh gunakan betul2- sejarah buktikan- tetapi dalam lingkungan fitrah dan tidak bertentangan dengan tabiat manusia.
o Islamlah yang mulakan manhaj tajribi (empirical) diambil oleh Roger n Francis Bacon.
o Hanya Allah tahu pasal manusia- dia mencipta manhaj - tetapi beri akal dan dikawal dari terseleweng oleh hawa, mengarut, sesat dan menjunam jatuh.
o Jadilah manusia tuan kepada material dan bukan hamba.
o Ilmu material akan jadi maksima penggunaannya bila dalam manhaj Islam kerana ia akan selari dan selaras antara fitran manusia dan fitrah alam. Ilmu kemanusiaan juga ada nilainya.

ESOK TETAP MILIK ISLAM
....
Bile jelas 'Islam sahaja mampu dan memenuhi ciri-ciri penyelamat yang dinantikan'
o Maka: Nampaklah betapa besarnya jenayah menghalang kemaraan Islam dan menghalang pendukung Islam. Jenayah terhadap manusia seluruhnya yang sedang merana.
o Walaupun serangan dahsyat.. tapi tetap yakin esok milik Islam.
o Pernah hadapi lebih dahsyat....tapi dapat hadapi..tatar, salib dll
o Bukan arab, kurdi halang penjajahan tetapi kerana Islam (Solahuddin, Mamalik, Sudan, Libya, Moroko dll)
o Islam diserang kerana menghalang kuasa rakus penjajah. Tetapi Islam tetap akan menang.
o Kesah Suraqah bin Malik
o Penentu masa depan pertarungan ini bukan terletak pada kehebatan tamaddun barat, bukan besarnya jahiliyyah atau kuatnya serangan ke atas Islam.... tetapi penentu ialah kekuatan al-haq dan kemampuannya untuk menghadapi pukulan demi pukulan.
o Tetapi kita tidak keseorangan... semua fitrah bersama kita. Bila bertentangan fitrah dan tamaddun, pasti fitrah akan menang.
o Tugas kita berat dan panjang... menarik keluar fitrah dari timbunan-timbunan kemudian menghancurkan timbunan2 itu.
o Perlu persediaan panjang... kita perlu capai setinggi kehebatan manhaj ini juga.
o Persediaan iman mengenal Allah dan beriman,
o Ibadah dengan sebenarnya...
o Faham teknik moden dan mengenal jahiliyyah
o Faham dan menguasai ilmu dan tamaddun semasa menguji dan memilih. Kita perlu tahu dan kenal agar tahu mana yang boleh dan tak boleh.
Perjuangan masih panjang...



# Dipetik daripada CD Kompilasi Ulama

Sunday, December 9, 2007

Fikrah: Usrah dan Kepentingannya

Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah



Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya:

“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang menciptakan dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripadanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.” (Al-Kahf : 13 – 14)
Golongan muda (syabab) adalah merupakan asset penting dalam memastikan kesinambungan gerakerja Islam.
Sirah Rasulullah s.a.w dan sejarah Islam telah membuktikan bahawa golongan ini memainkan peranan penting dalam memastikan tertegaknya panji Allah s.w.t. di atas muka bumi ini.
Ayat di atas telah meletakkan syarat dan asas untuk memastikan golongan ini berjuang dan bersandarkan kepada panduan inilah kita mengambil sikap untuk menjadi golongan syabab li inqaz al ummah (pemuda yang berperanan untuk mengangkat darjat ummah).
Golongan yang ingin menegakkan panji Allah s.w.t. ini perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. agar pertolongan Allah s.w.t. dan kemenangan daripadaNya menjadi milik pejuang Islam.

Antara syarat-syarat tersebut ialah:

Syarat Pertama
Syarat pertama yang disebut dalam ayat ini adalah iman yang kental dan hanyalah dengan iman yang sebegini kita akan dapat menjalankan tugas dakwah yang begitu banyak tanggungjawabnya ke atas kita tetapi begitu sedikit pula kemampuan yang kita miliki.
Ciri iman yang perlu kita miliki adalah iman yang ditasdiqkan (dibenarkan) bukan sahaja pada hati dan jiwa kita tetapi iman yang dicernakan dalam bentuk amalan sehingga golongan pemuda tadi menjadi contoh dan tauladan ibarat al-Quran dan al-Sunnah yang berjalan di atas muka bumi.

Syarat Kedua
Syarat kedua adalah al-huda (petunjuk dari Allah s.w.t.). Tugas dakwah adalah tugas untuk memindahkan panduan dan arahan al-Quran ke alam waqi’ie (reality) dan ianya berhajat kepada pentafsiran dan penjelasan permasalahan semasa ummah dengan petunjuk dan hidayah yang digagaskan oleh Islam.
Islam tidak boleh diterjemahkan dalam bentuk abstrak mahupun khayalan.
Dengan demikian hanyalah dengan al-Huda dari Allah s.w.t. kita akan dapat menjawab segala persoalan yang dihadapi samada pada peringkat fardi (individu) mahupun jama’i (jamaah) ataupun dauli (antarabangsa).

Syarat Ketiga
Syarat yang ketiga adalah pertautan hati yang antara lain bermaksud untuk memerintahkan kita berjuang dan bergerak sebagai jamaah dan perhimpunan yang hati kita ini ditaut dengan ikatan iman, Islam dn ukhuwwah yang tidak mengenal sebarang perbezaan melainkan taqwa kepada Allah s.w.t.
Ikatan ini adalah ikatan yang simpulannya tidak boleh terungkai dengan permasalahan dan perbezaan furu’ tetapi yang sentiasa diarahkan oleh panduan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Syarat Keempat
Syarat keempat yang dinyatakan di dalam ayat di atas adalah konsep haraki (gerakan) apabila Allah s.w.t. menyebut ‘ketika mana mereka berdiri’.
Islam bukanlah merupakan al-din untuk golongan al-mutafajirin (golongan yang hanya melihat) ataupun al-mutaqa’idin )golongan yang berpeluk tubuh) tetapi ianya bersifat haraki yang dinamik lagi produktif untuk sentiasa melahirkan suatu natijah dan tidak bersifat jumud (beku).
Ini tidaklah bermakna kita mengharapkan kepada natijah yang cepat tetapi ianya adalah merupakan satu rangsangan daya juang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah.
Seterusnya ayat ini diakhiri dengan ikrar yang mengikat kuat hati pemuda-pemuda tadi kepada Allah s.w.t. dengan syahadah bahawa sesungguhnya Tuhan kami adalah Allah yang mencipta dan memiliki langit dan bumi, dan kami sesungguhnya berikrar bahawa Dialah sahaja yang wajib disembah dna ditaati perintahnya dan kami dengan syahadah ini membebaskan diri kami dari sebarang kompromi dan ikatan dengan sesuatu yang tidak bersifat rabbani.
Ikrar ini adalah sebagai janji setia kita dengan Allah yang bersifat aqad (ikatan) yang tidak boleh diingkari apatah lagi kalau diputuskan.
Keseluruhan tuntutan di atas adalah merupakan tugas yang dipikul oleh golongan pemuda.
Tanggungjawab berat yng dipikul dalam era al-Shahwah al-Islamiyah (kebangkitan Islam) ini memerlukan kepada golongan syabab tadi melalui satu proses yang dikenali sebagai tajnid yang membawa erti memperkemaskan pemuda tadi ibarat satu kumpulan junud (tentera).
Proses ini adalah proses memupuk kefahaman yang jelas, tanzim (penyusunan) yang rapi dan amal yang mutawasil (berterusan) yang dibuat dalam bentuk tanzim ‘amal jama’i(penyusunan gerak kerja secara berjamaah).

KONSEP 'AMAL JAMA'I
‘Amal jama’i adalah merupakan satu tuntutan harakah yang panduannya disebut di dalam Al-Quran yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” (Al-Saff: 4)
Di dalam hadith, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
“Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yamani r.a. katanya: “Manusia sering bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan? Rasulullah menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu? Rasulullah menjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan. Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikut selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya. Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu? Rasulullah menjawab: Ya, ketika itu ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke Neraka Jahannam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam Neraka itu. Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami. Rasulullah menjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita. Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu? Rasullullah menjawab denga bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jamaah Islam dan pemimpin mereka. Aku bertanya lagi: Bagaimana sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jamaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin? Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian.”
Saidina Umar al-Khattab juga ada menyebut yang bermaksud:
“Tidak wujud Islam tanpa jamaah dan jamaah pula tidak akan wujud tanpa kepimpinan dan tidak wujud pula kepimpinan tanpa ketaatan.”
Bersandarkan kepada nas-nas di atas, kita hendaklah menyedari hakikat bahawa penglibatan diri di dalam jamaah Islam yang berbentuk haraki adalah merupakan satu tuntutan syara’.
Di dalam merealisasikan tuntutan ini ke dalam waqi’ kita di Malaysia, ikhwah yang sedang melalui proses tajnid ini hendaklah peka terhadap beberapa zaadun ‘ala tariq (bekalan sepanjang perjalanan) yang perlu difahami, diamalkan dan diistiqamahkan sepanjang perjalanan ini.
Sehubungan dengan itu, dua perkara yang perlu kita programkan sepanjang kewujudan kita di sini adalah al-ghayah (matlamat) dan al-wasilah (kaedah atau cara) untuk sampai dan memenuhi al-ghayah tersebut.
Al-Ghayah (Matlamat)
Satu persoalan yang sewajibnya diulangi oleh setiap ikhwah dan akhawat sepanjang komitmen kita terhadap Islam dan jamaah ini ialah apakah dia matlamat kita?
Hanyalah dengan matlamat yang jelas akan dapat mengurus arah perjalanan dan keberkesanan perjuangan kita. Sasaran utama dalam konteks matlamat kita ini adalah:
.Fard al-Muslim (individu muslim) yang terangkum di dalamnya rumahtangga dan keluarga Islam
.Masyarakat dan negara Islam yang terlaksana di dalamnya keseluruhan hukum dan tuntutan Allah Azza
Dalam mengisi tuntutan ini Al-Syeikh Sa’id Hawwa menyebut bahawa maratib (peringkat) amal yang dituntut adalah:

1.Individu muslim hendaklah memperbaiki dirinya sehingga memiliki anggota tubuh badan yang kuat, akhlak yang suci, daya intelektual yang tinggi (muthaqqaf), keupayaan untuk menguasai suasana aqidah yang bersih, ibadah yang benar, berjihad dengan dirinya,menjaga waktunya, teratur hidupnya, mampu memberi manfaat kepada orang lain dan setiap ikhwah hendaklah berusaha untuk mencernakan tuntutan ini dengan kesungguhan.

2.Membentuk rumahtangga muslim sehingga keluarganya dapat menampung fikrah yang dibawanya, memelihara adab-adab Islam dalam setiap urusan rumahtangganya, memilih isteri yang solehah dengan memberikan panduan kepada hak dan tanggungjawabnya, mendidik anak-anak dengan sebaik-baiknya.
Begitu juga dengan pembantu rumah, membesarkan mereka dalam suasana Islam dan setiap ikhwah hendak berusaha dengan satu kesungguhan untuk memenuhi tuntutan ini.

3.Memberi panduan kepada masyarakat dengan menyebarkan dakwah dengan baik dan menghapuskan segala kemungkaran, mengajak kepada yang ma’ruf, berlumba-lumba ke arah kebaikan, menjadi unsur yang dominan dalam masyarakat sehingga dapat menguasai pendapat am (public opinion) yang disandarkan dengan pandangan Islam dan menghidupkannya dalam kehidupan am.
Tuntutan ini adalah ke atas setiap individu dengan didukung oleh jamaah sebagai tenaga yang menggerakkan.

4.Membebaskan negara dari belenggu pemerintahan yang bukan Islam dalam bidang siyasah (politik), iqtisad (ekonomi) dan ruh (kerohanian).

5.Membaiki kerajaan sehingga menuruti Islam yang sebenarnya serta berkhidmat sebagai khadam ummah yang bekerja untuk kepentingan ummah.
Antara sifatnya adalah sifat belas terhadap rakyat, keadilan sesama manusia dan berjimat dalam urusan perbendaharaan dan ekonomi negara.
Menjadi kewajipan negara inipula untuk menjamin keamanan, perlaksanaan system perundangan pendidikan sehingga melahirkan kekuatan, menjaga kesihatan am dan sebagainya.

6.Mengembalikan penyatuan umat Islam secara keseluruhan dengan membebaskan negara yang dijajah, mendekatkan budaya antara kaum dan berusaha untuk mengembalikan system khilafah yang telah dimusnahkan.

7.Berusaha untuk mewujudkan cirri “ustaziyat al-‘alam” (penguasaan alam) dengan penyebaran dakwah di segenap pelusuk dunia ini sehingga tidak ada lagi fitnah dan meletakkan al-Din keseluruhannya adalah milik Allah.
Keempat-empat peringkat di atas merupakan kewajipan yang perlu dipikul dengan jamaah dan setiap individu yang bersama dengannya sebagai pendukung yang utama.
Lihatlah betapa beratnya tugas ini dan betapa besarnya tanggungjawab yang perlu dipikul yang mungkin dirasakan sabagai satu khayalan dan impian yang tidak akan tercapai oleh manusia tetapi Allah s.w.t. telah mengingatkan kita di dalam firmanNya yang bermaksud:
“Dan (setelah Yusuf dujualkan di negeri Mesir), berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: “Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak”. Dan demikianlah caranya kita menetapkan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi), dan untuk kami mengajarnya sebahagian dari ilmu takbir mimpi. Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Yusuf: 21)
Kita hendaklah menganggap kehadiran kita di sini adalah kehadiran dalam marhalah al-bina’ (peringkat pembinaan) dan pengemasan barisan kader perjuangan.
Maka dengan itu, antara matlamat yang perlu kita hadirkan adalah:

Pertama
Memperkemaskan diri kita dengan kefahaman Islam yang sebenarnya dengan memahami konsep tarbiyah yang syumul merangkumi tarbiyah ruhiyah; tarbiyah ‘aqliyah, tarbiyah jihadiyah, tarbiyah siyasiyah (politik), tarbiyah ijtima’iyah (kemasyarakatan) dan tarbiyah jasadiyah (fizikal).

Perkara yang perlu ditekan dalam pembentukan individu adalah:
1.Melahirkan insane yang bertaqwa pada Allah dengan pembentukan Iman dan aqidah yang benar.
2.Pembentukan fikrah Islam yang syumul (menyeluruh)
3.Pembentukan syakhsiyah Islamiyah (personality Islam) yang sempurna melalui akhlak yang benar, hati yang bersih lagi suci, ubudiyah hanya pada Allah dan memastikan hudud (sempadan) Allah dalam setiap urusan.
Perlu ditegaskan di sini bahawa musuh dan mereka yang tidak bersama dengan kita akan sentiasa mencari unsur yang negatif pada kita sebagai bahan untuk dijadikan hujah.
Pastikan sahsiah ini berjalan pada setiap ketika samada ketika bersendirian, berdua mahupun ketika ramai.
Cara berpakaian, cara mengatur rumah, perkembangan akademik dan budaya berfikir, cara bermuamalah dengan masyarakat semuanya mengajak kepada menzahirkan syakhsiyah Islamiyah.
4.Mewujudkan intima; dan iltizam kepada Islam, dakwah dan jamaah pada setiap masa dan di dalam suasana mana sekalipun.
5.Membentuk cirri-ciri kepimpinan dengan berpandangan jauh dan tajam terhadap isu sensitive terhadap perkembangan ummah dan bertanggungjawab dalam memikul tugas dan boleh memimpin.
6.Membentuk matlamat perjuangan yang jelas terhadap tanggungjawab individu dengan memahami dengan jelas akan perjuangnya iaitu:

a)Perjuangan yang bercita-cita untuk membentuk Daulah Islamiyah
b)Tanzim yang bersifat terbuka
c)Muwajahah silmiyah
d)Kepimpinan ulama dan penggabungan bersama oleh tenaga professional
e)Penglibatan dalam politik sebagai wasilah selain aktiviti-aktiviti lain yang mencerminkan gerakan Islam yang syumul

Kedua
Dalam hubungan ‘amal jama’I setiap nuqaba’ hendaklah jelas akan konsep tanzim kita di sini dan keperluan kepada konsep wala’ dan thiqah pada pimpinan.
Kerja kita di sini adalah kerja yang dihasilkan dari konsep syura dan bukannya pandangan individu.
Setiap keputusan yang melibatkan jamaah samada dari segi perencanaan, perjalanan dan hal ehwal ahli yang ada kaitan dengan jamaah hendaklah merupakan keputusan syura.

KEPENTINGAN USRAH DALAM TARBIYAH
Bila kita menyebut tentang wasilah atau kaedah kita bekerja, terdapat unsur-unsur yang perlu difahami antaranya ialah wa’I (sedar) dan waqi’I (realistic).
Kita hendaklah sedar bahawa kita adalah pendakwah dan bukannya penghukum atau qadhi. Tugas kita adalah untuk berusaha semaksima mungkin untuk memanggil dan mengajak dan bukan untuk berebut mahupun memaksa.
Maka dengan demikian dua wasilah yang kita gunakan adalah wasilah umum dan wasilah khusus.
Dalam wasilah umum, tugas kita adalah untuk mnyampaikan Islam kepada umum dengan dakwah samada dengan lisan, tulisan ataupun dengan qudwah hasanah (contoh tauladan yang baik).
Kita hendaklah menerangkan apa itu Islam yang syamil (menyeluruh), apa itu aqidah yang benar yang kesemuanya ini perlu kembali kepada pentafsiran al-Quran dan al-Sunnah oleh ahlinya dan bukan yang diabstrakkan oleh ahli fikir semata-mata.
Kita mengadakan majlis-majlis ilmu, majlis masyarakat dengan unsur-unsur Islam dan lain-lain majlis yang boleh mesej Islam disampaikan.
Marhalah ini dikenali sebagai marhalah al-ta’rif (pengenalan) yang kandugnan utamanya adalah Islam dan Iman dan bukannya perkumpulan.
Hanya apabila telah diyakini bahawa mad’u (sasaran dakwah) telah boleh menerima konsep Islam sebagai al-Din yang syamil barulah dipindahkan kepada wasilah khusus.
Dalam wasilah khusus pula, konsep ‘amal jama’i adalah unsur yang ditekankan dan di sinilah bermulanya kepentingan usrah sebagai satu unit terpenting dalam gerakan Islam.
Dalam wasilah ini ada dua marhalah yang perlu di lalui iaitu takwin (pembentukan) dan tanfiz (perlaksanaan).
Di dalam marhalah al-takwin, unsur-unsur yang telah dikenalpasti boleh menerima konsep yang telah dijelaskan tadi hendaklah dipupuk dengan satu canaian seperti yang disebut oleh Sheikh Sa’id Hawwa sebagai nizam al-da’wah yang berbentuk sufi pada ruhnya dan ketenteraan dalam amalannya yang syiarnya adalah perintah dan taat.
Ikhwah hendaklah melatih diri untuk sentiasa berasa dalam keadaan peka dan bersedia menerima arahan dan tanggungjawab kerja.
Marhalah inilah yang dikenali sebagai tajnid untuk membentuk satu barisan keder yang telah mempunyai satu tasawur yang jelas terhadap Islam dan matlamat perjuangan kita.
Di sini beberapa pengorbanan adalah diperlukan dan ianya akan merupakan sebab kepada peningkatan Iman dan Islam kita kerana proses pencernaan akan berlaku dan beberapa ujian akan mula dirasakan.
Marhalah al-tanfiz sebagai marhalah ketiga pula adalah marhalah sebenar yang akan menguji komitmen kita terhadap segala teori yang telah kita jalani bila mana di dalam marhalah ini kita akan benar-benar berada di tengah-tengah medan juang dan di sinilah batas yang akan menguji keihlasan kita kepada Allah Aza Wa Jalla.
Ramai yang boleh berteori dan ramai yang boleh menyatakan Islam itu syamil dan kamil tetapi belum tentu yang ramai tadi akan sanggup menanggung berbagai mehnah dan ibtila’ (tribulasi dan ujian) yang akan berada di hadapannya.
Konsep Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi dari Islam akan terbukti kalau kita berani membenarkan dan membawa Islam itu ke tengah-tengah medan tanpa mengira sebarang halangna yang didatangkan oleh manusia samada harta, kedudukan, pangkat, nama dan sebagainya.

USRAH SEBAGAI TUNJANG DALAM TARBIYAH
Proses tarbiyah Islamiyah adalah satu proses pendidikan dan pembentukan yang bukan semata-mata satu proses pembelajaran ilmu.
Usrah yang berasal dari perkataan Arab yang membawa makna keluarga adalah merupakan satu medan di mana ahlinya bersama menjalani satu proses pembentukan yang dibina si atas semangat al-ukhuwwah al-Islamiyah.
Bila mana kita menyebut ianya sebagai satu proses pembentukan ia membawa makna penekanan dan perbincangan di dalam usrah mencakupi satu bidang yang luas dan menyeluruh.
Penekanan terhadap unsur-unsur yang akan menlahirkan peningkatan dalam kefahaman dan penghayatan terhadap Islam sebagai system yang syamil wa mutakamil (lengkap lagi melengkapi) yang akan melahirkan semangat juang dan ketahanan secara berjamaah.
Dengan demikian haruslah diingatkan bahawa usrah hendaklah merupakan satu kelompok pendidikan yang akan melahirkan ‘amilin (para pekerja) dan bukannya sekadar mufakkirin (golongan yang berfikir) walaupun kita tidak menafikan kepentingan orang-orang yang berfikir.
Usrah sebagai unit terpenting dalam gerakan Islam memerlukan satu bentuk penyusunan yang rapi kerana kita meyakini bahawa kebenaran yang tidak disusun rapi akan di atas oleh kebatilan yang kemas.
Sehubungan itu, organisasi usrah di setiap peringkat hendaklah diawasi sepanjang masa agar keberkesanannya akan dapat menguntungkan Islam dan jamaah.

PENTADBIRAN USRAH
Setiap naqib hendaklah memastikan agar perjalanan usrahnya diatur rapi dan kemas dan jangan sampai kepada peringkat yang boleh membosankan ahli-ahli usrah.
Dalam hubungan ini, isi usrah hendaklah jangan dijumudkan hanya kepada pembacaan teks dan hafalan tetapi dipelbagaikan bertepatan dengan cirri tarbiyah kita yang mempertekankan segenap aspek Islam itu sendiri.
Kepelbagaian ini boleh dibuat dalam bentuk pembacaan, perbincangan, rehlah (perkelahan), riadhah (sukan), majlis qiamullail dan sebagainya.
Usrah mempunayi beberapa cirri yang membezakannya dari nizam al-tarbiyah yang lain dan di antara cirri-ciri tersebut ialah:
1.Usrah hendaklah bersifat mutawasil (berterusan): Sesuatu pembentukan yang bersifat sekali sekala atau terputus-putus tidak akan dapat mencapai kesan yang diharapkan.
Ciri ini akan membantu proses perkembangan dan penghayatan secara yang lebih berkesan.
2.Merangkumi keseluruhan ahli samada pengikut, pekerja mahupun pimpinan. Ini adalah untuk memastikan agar tidak ada ahli yang terlepas dari program tarbiyah.
3.Mempunyai perancangan (al-takhtit) yang rapi dalam semua sudut.
4.Kesungguhan semua pihak yang terlibat samada nuqaba’ mahu pun ahli.
5.Di antara ciri-ciri keberkesanan sesuatu usrah itu akan dapat dilihat bila persoalan ini ditanya dan dapat dijawab dengan sempurna mungkin:

a.Sejauh mana peningkatan ahli dalam penghayatan Islam
b.Sejauh mana pula konsep al-ta’awum (bekerjasama) di kalangan para ahli dalam membantu proses penghayatan Islam
c.Sejauh mana ikatan dibentuk dan sejauhmana pula pelaksanaannya dalam bentuk amalan.
Akhirnya marilah kita sama-sama memperbahrui syahadah perjuangan kita dengan mengulangi ucapan Allahu rabbuna (Allah tuhan kami), al-Rasul za’imuna (Rasul pemimpin kami), al-Quran dusturuna (al-Qur’an perlembagaan kami), al-Jihad sabiluna (jihad jalan kami) dan al-maut fi sabilillah asma amanina (mati dijalan Allah adalah cita-cita tertinggi kami).
Sesungguhnya Islam tidak berhajat kepada kita tetapi kitalah yang berhajat kepada Islam danhajat ini tidak akan dapat dipenuhi kalau keindahan dan kesyumulan Islam itu hanya kita teorikan dan tidak dicernakan dalam amalan dan perbuatan kita.


dipetik daripada : Abu Abdullah