Tuesday, September 18, 2007

Tauladan Ramadhan : Belajar lah untuk bersederhana seperti Dia ni ...

Harta milik Presiden Iran cuma rumah, kereta lama

TEHERAN 1 Jan. - Ingin mengetahui harta-harta yang dimiliki Presiden Iran, Mahmoud Ahmadnejad?
Ketika mengambil alih kepimpinan negara tahun lalu, beliau cuma memiliki sebuah kereta dan rumah lama.
Senarai aset beliau yang diumumkan menunjukkan akaun banknya kosong selain hanya memiliki sebuah kereta berusia 30 tahun.
Menurut laporan akhbar tempatan, antara aset Mahmoud yang tersenarai adalah rumah berusia 40 tahun seluas 175 meter persegi yang terletak di daerah penduduk sederhana rendah di timur Teheran, kereta Peugeot 504 buatan tahun 1977 dan dua akaun semasa.
Satu akaun digunakan untuk menerima bayaran gaji kerja lamanya sebagai profesor universiti dan satu lagi kosong yang digunakan semasa menjadi gabenor jeneral di wilayah barat Ardebil.
Mahmoud, 48, memenangi pilihan raya pada Jun lalu dikatakan seorang presiden yang berjiwa rakyat dan sahabat kepada orang-orang miskin perlu mengemukakan senarai aset kepada ketua hakim mengikut perlembagaan negara. - AFP


* Ulasan :
Kekuatan jati diri dan keperibadian akan terbina bila dunia tidak berada di dalam hati kita , bahkan ia sekadar di dalam gengaman jari-jemari tangan kita yg boleh digunakan maslahah kita. Jangan pula anda berkata ..... ni nak promote syiah. Tapi kita yg ahli sunnah pula berapa kerat berjiwa macam ni... terutamanya public figure , cuba hitung .....

Apa hukum TALFIQ Mazhab (beramal dengan beberapa pendapat mazhab berlainan)

TARJIH & TALFIQ

Soalan ;

Assalamualaikum ya ustaz.....

Apakah perbezaan talfiq dan tarjih? Adakah kekuatan dalil yang telah dijumpai setelah kajian dibuat dalam sesuatu masalah hukum melalui pandangan-pandangan empat mazhab dipanggil sebagai talfiq juga?

Jawapan 1 :

Tarjih bermaksud membuat penilaian dan pemilihan terhadap dalil-dalil yang dilihat bertentangan atau terhadap beberapa pandangan yang berlawanan iaitu dengan menselarikan antara dalil-dalil jika dapat dilakukan atau memastikan dalil yang mana paling kuat jika tidak dapat diselarikan.

Jika tarjih dibuat terhadap pandangan-pandangan, tujuannya ialah untuk memastikan pandangan mana yang paling kuat dalilnya atau paling menepati segi syarak.Pentarjihan harus dilakukan oleh orang-orang berkelayakan samada mujtahid atau fuqaha’ dan tidak harus sewenang-wenangnya diserahkan kepada orang yang jahil atau medakwa alim kerana boleh membawa kepada merosakkan agama.

Proses pentarjihan berjalan sejak dari dulu hingga ke hari ini.Para ulama’ yang menjadi sandaran umat pada zamannya akan membuat tarjih terhadap pandangan-pandangan yang berbeza oleh ulama’-ulama’ sebelumnya dalam sesuatu kes supaya orang awamdapat mengetahui dan beramal dengan pandangan yang paling tepat dengan hukum syarak.

Imam Nawawi sebagai contohnya di dalam berdepan dengan masalah seorang yang terpaksa solat dalam keadaan tidak bersuci kerana tidak ada air untuk mengambil wudhu’ dan tidak da debu untuk bertayammum.Adakah ia wajid solat juga dan adakah wajib ia mengulangi solatnya?

Sebelum beliau ada 4 pandangan ulama’ :

i. Wajib solat dan wajid ulang.
ii.Haram solat.Mesti tunggu hingga dapat bersuci baru tunaikan solat sekalipun di luar waktu.
iii.Sunat solat dan wajib diulangi solat tersebut.
iv.Wajib solat dan tidak wajid mengulanginya.

Imam Nawawi dalam tarjih beliau telah memilih pandangan yang keempat kerana menurut beliau pandangan itu menepati syarak. (lihat Syarah Sahih Muslim).

Itu adalah satu contoh dari ribuan tarjih yang dilakukan ulama’.Kita sebagai orang awam hendaklah sentiasa mendampingi ulama’ dan beramal dengan tarjih mereka.Adapun kita hendak memandai-mandai sendiri tidak harus.

Pada hari ini, contoh ulama’ yang mempunyai kelayakan untuk melakukan tarjih ialah Syeikh Dr Yusuf Qaradhawi.Keilmuan beliau diakui oleh ulama-ulama sezaman dan umat Islam sendiri.

Dalam masalah zakat ke atas produk pertanian sebagai contohnya, dikalangan ulama-ulama silam ada yang menyempitkan skop pertanian yang wajid zakat kepada jenis-jenis tertentu sahaja.

Mazhab Syafie hanya mewajidkan zakat pertanian ke atas bijian yang menjadi makanan ruji masyarakat setempat.Namun, ada ulama yang memperluaskan skop pertanian yang wajid zakat kepada semua jenis pertanian asalkan memenuhi syarat-syarat dari segi nisab dan sebagainya yang ditetapkan syarak.Maka, Dr Yusuf Qaradhawi dalam buku Fiqh Al Zakat tulisan beliau telah mentarjihkan pandangan yang kedua dan tarjih beliau diterima dan diamalkan oleh keseluruhan negara umat Islam hari ini.

Jawapan 2 :

Adapun masalah talfiq, ia diharuskan jika tujuannya bukan untuk mempermudah-mudahkan agama seperti sengaja mencari pandangan-pandangan yang senang dan mudah dari mazhab-mazhab yang ada untuk menjadi amalan atau pegangan agama.Talfiq sebegini akan membawa kepada rosak agama jika dibenarkan.

Talfiq bermaksud : seseorang itu mengikut / bertaqlid satu mazhab tertentu dalam ibadahnya, kemudian dalam satu keadaan atau bahagian-bahagian tertentu ia mengikuti / bertaqlid pula kepada mazhab atau pandangan yang lain.Adakah perbuatan ini harus?

Menurut ulama, sekalipun seorang itu bertaqlid kepada suatu mazhab, tidak haram baginya untuk berpindah mazhab secara keseluruhannya atau pada masalah-masalah tertentu.Tetapi keharusan itu tertakhluk dengan syarat-syarat berikut:

i. Hendaklah mazhab yang diikuti merupakan mazhab yang masyhur khususnya mazhab-mazhab yang empat.Jika pandangan atau tarjih hendaklah dari ulama yang diiktiraf dan diakui oleh umat akan keilmuannya.
ii.Tidak bertujuan mencari yang mudah-mudah dari pandangan-pandangan mazhab.
iii.Tidak membuat himpunan antara mazhab-mazhab dalam bentuk yang membawa akan percanggahan dengan pandangan sekalian ulama atau ijma’ mereka.

Contohnya, seorang berkahwin tanpa wali kerana bertaqlid kepada mazhab Imam Abu Hanifah yang tidak mensyaratkan wali dalam akad perkahwinan.Tanpa saksi kerana bertaqlid kepada mazhab Imam Malik yang tidak mewajidkan saksi dan tanpa mas kahwin kerana bertaqlid kepada mazhab Abu Hanifah yang mengharuskan jika diletakkan syarat oleh pihak lelaki dan dipersetujui oleh pihak perempuan.Perkahwinan tanpa tiga perkara tersebut tidak dianggap sah oleh sekalian ulama.

Maka talfiq sebegini adalah haram kerana menyalahi ijma’ ulama.( Rujuk Taqrib Al Usul, Abi Al Qasim al Gharnati halaman 158 ).

Menurut Dr Abd Karim Zaidan, " Harus seorang pengikut mazhab mengikut atau beramal dengan pandangan mazhab lain asalkan hal tersebut dilakukannya kerana suatu dalil yang mengajaknya untuk berpindah dari mazhabnya ke mazhab lain dalam masalah-masalah tertentu.Begitu juga harus ia bertanya ulama yang bukan dari mazhabnya berkenaan suatu hukum syarak dalam suatu masalah dan beramal dengan fatwa yang diberikan." ( Al Wajiz Fi Usul – Fiqh; halama 409 )

Wallahulam

Rujukan

1. Yas alunaka Fi ad-Din wa al-Hayah, Dr Ahmad As Syirbasi, jilid 1 dan 5.
2. Fatawa Syariyyah, Syeikh Hasanin Makhluf, juzuk 1.
3. Taqrib al Usul ila ilmu al-Usul, Imam Abi Qasim al Gharnati ( wafat 741 H ).
4. Al Wajiz Fi Usul Fiqh, Dr Abd Karim Zaidan
5. Usul Fiqh, Syeikh Muhammad Al Hudari

moderator : Us Ahmad Adnan Fadil

Friday, September 14, 2007

Ramadhan : Apa kata kalau ia dijadikan gelanggang kempen TAK NAK MEROKOK

Rakyat Malaysia belanja RM90 juta sebulan beli rokok

Oleh Suhana Abdul Mutalib

SHAH ALAM 24 Sept. – Rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira RM3 juta sehari atau RM90 juta sebulan untuk membeli rokok.
Menyedari fenomena membimbangkan itu, kerajaan Selangor dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) menganjurkan kempen khusus sempena bulan Ramadan ini untuk menggalakkan orang ramai terutama umat Islam berhenti merokok.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil berkata, jika dalam tempoh berpuasa perokok boleh mendisiplinkan diri tidak merokok, tidak mustahil untuk mereka terus meninggalkan tabiat yang bukan sahaja mengancam kesihatan tetapi juga pembaziran.
“Saya terkejut apabila angka itu didedahkan oleh Pengarah HTAR, Dr. Yahya Babai, cuba bayangkan RM3 juta sehari, kalau didarab sebulan dah jadi RM90 juta, kalau setahun?” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Katanya, memandangkan pada siang hari umat Islam berpuasa, jadi beliau amat berharap kempen ini akan berjaya dilaksanakan seterusnya mengelakkan perbelanjaan merokok di kalangan masyarakat di negara ini.
Sementara itu, Abdul Rahman berkata, pihaknya juga telah mengeluarkan surat pekeliling kepada semua masjid di seluruh negeri agar menjadikan masjid sebagai kawasan larangan merokok.
Katanya, arahan itu diadakan bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang lebih sihat terutamanya di tempat suci seperti masjid yang mejadi tumpuan orang ramai untuk beribadah.
‘‘Jika pemeriksaan ke masjid-masjid mendapati ada disediakan tempat abu rokok, tindakan disiplin akan diambil, kita mahu masjid bebas sepenuhnya dari kawasan merokok,” katanya.

KOmen : Kalu nak berjimat atau berhenti daripada tabiat merokok , maka Ramadhan lah gelanggang yang paling berkesan untuk usaha tersebut. Allah telah merencanakan sendiri program Ramadhan untuk mengawal nafsu manusia setelah manusia gagal dalam usahanya untuk mengurangkan nafsu dengan bermacam-macam cara . Tambahan pula, ubat untuk mengurangkan nafsu tidak dijual di farmasi-farmasi , took-toko ubat dan sebagainya. Kalau ada pun tak mujarab ……

Wednesday, September 12, 2007

Kuliah Ramadhan : Ramadhan bulan Rahmat

RAMADHAN BULAN KERAHMATAN DAN KEBERKATAN




1.0 Mukaddimah

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang paling mulia di dalam Islam. Di dalamnya diwajibkan ibadah puasa, diturunkan al-Quran dan juga merupakan bulan kemenangan di dalam sejarah peperangan Islam yang pertama iaitu “Badar al-Kubra”. Oleh itu, umat Islam perlu menyingkap rahsia-rahsia di sebaliknya agar mereka dapat memanfaatkan sebaik mungkin ‘bonus’ yang disediakan Allah untuk umatNya.



2.0 Syariat dan pengertian Ramadhan

Ramadhan berasal dari kalimah bahasa Arab (رمض- يرمض- رمضاء ) bermaksud ‘sangat panas’, iaitu sangat panas rongga badan (perut) akibat sangat dahaga, manakala puasa (الصوم ) bermakna ‘menahan diri’ .Menurut Al-Tumurtashi puasa Ramadhan ialah ‘menahan diri daripada perkara yang membatalkannya secara hakiki atau hukmi, pada waktu yang tertentu (subuh sehingga maghrib), ke atas individu tertentu (mukallaf) beserta niat’.
Puasa Ramadhan telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah.



3.0 Ramadhan sebagai “madrasah taqwa”




Kemerlangan sesebuah madrasah (pusat pengajian) atau tarbiyah memerlukan gabungan ‘murabbi’ (pendidik), pelajar dan program (silibus) yang mantap. Kombinasi tersebut mampu menghasilkan generasi harapan yang bertaqwa dan cemerlang.

Begitu juga dengan ‘madrasah Ramadhan’, Allah (swt) dan RasulNya (saw) merupakan murabbi dengan menggunakan al-Quran dan al-Sunnah mampu mendidik ummah (pelajar) dengan program puasa melalui silibus taqwa agar taat terhadap segala suruhanNya dan meninggalkan laranganNya serta pemupukan nilai-nilai terpuji seperti sabar, qana’ah,yakin janji Allah, syukur, mujahadah, pemurah, wara’ dan sebagainya.

4.0 Puasa dan kaitannya dengan syurga, neraka dan syaitan

Pada bulan Ramadhan pintu syurga akan dibuka (jalan / peluang untuk umat Islam memperolehinya) dan neraka ditutup serta syaitan dibelenggu.

" اذا جاء رمضان فتحت ابواب الجنة وغلقت ابواب النار وصفدت الشياطين"



5.0 Galakan mengerjakan amal soleh dan kebajikan

Digalakkan memperbanyakkan ibadah dan menghidupkan malam serta membaca al-Quran.

" اذا دخل العشر الأواخر من رمضان، أحيا الليل وأيقظ أهله وجد وشد المعزر"

Rasulullah (saw) memperbanyakkan bersedekah dan memberi bantuan serta bertadarus di bulan Ramadhan melebihi bulan-bulan lain.

" كان رسول الله صلي الله عليه وسلم أجود الناس، وكان أجود ما يكون في رمضان حين يلقاه جبريل، وكان جبريل يلقاه في كل ليلة من رمضان فيدارسه القرآن، فلرسول الله صلي الله عليه وسلم حين يلقاه جبريل أجود بالخير من الريح المرسلة"

Umat Islam hendaklah menjadikan Ramadhan sebagai pencetus untuk memulakan dan mendidik diri dengan sifat-sifat baik atau sebagai usaha pembaikan amalan-amalan soleh yang lepas untuk terus istiqamah di masa akan datang.

"من صام رمضان ثم أتبعه ستا من شوال كان كصيام الدهر"


6.0 Nilai (ganjaran) amalan soleh di “upgrade” pada bulan Ramadhan

Allah (swt) menggandakan ganjaran ibadah dan amal soleh lebih daripada bulan-bulan lain.

" قال رسول الله صلي الله عليه وسلم: قال الله عز وجل: كل عمل ابن آدم له إلا الصيام، فإنه لي وأنا أجزي به"


Di dalam bulan Ramadhan terdapat “Lailatul Qadr” yang lebih baik (ganjarannya ) daripada seribu bulan.



7.0 Ramadhan merupakan bulan kemenangan Islam

Kemenangan Rasulullah (saw) dan para Sahabat di dalam peperangan Badar berlaku pada bulan Ramadhan.


Hari raya merupakan hari kemenangan umat Islam melawan hawa dan syaitan agar tidak terpesong daripada syariat Allah (swt).
”... للصائم فرحتان يفرحهما : اذا أفطر فرح بفطره، واذا لقي ربه فرح بصومه"


8.0 Peranan puasa sebagai kawalan diri (nafsu) di dalam perlaksanaan syariat Islam .

Islam memberi galakan berpuasa bagi pemuda (individu) yang tidak mampu berkahwin. Hal ini dapat mengawal dirinya daripada terjerumus ke lembah penzinaan dan masalah sosial yang lain.

Hukuman berpuasa kepada mereka yang bersetubuh di waktu siang pada bulan Ramadhan, denda kerana melanggar larangan-larangan haji dan sebagainya adalah bertujuan mendidik jiwa yang patuh dan bersabar di dalam melaksanakan ketaatan terhadap suruhan Allah (swt).


9.0 Penutup

Setiap muslim dan muslimah hendaklah memanfaatkan peluang ini sebaik mungkin dengan memperbanyakkan ibadah-ibadah wajib dan sunat serta amal-amal soleh untuk mendekat diri kepada Allah (swt). Para Sahabat telah membuktikannya di dalam kehidupan mereka, kehadiran Ramadhan dinantikan dengan penuh kegembiraan dan mereka menangisi pemergiannya seperti kehilangan seseorang yang amat dikasihi mereka. Maka tidak hairanlah taqwa menjadi milik mereka dan kecemerlangan dapat dijana di dalam segenap aspek kehidupan mereka sama ada urusan keduniaan mahupun akhirat.

Tazkirah Ramadhan : Rebutlah bonus Ramadhan

Keutamaan Bulan Ramadhan

Beberapa keutamaan Ramadhan adalah:

1. Bulan Tarbiyah untuk mencapai derajat taqwa.
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa. (QS Al Baqarah: 183).

2. Bulan diturunkannya Al Qur’an.
Bulan Ramadhan, yang pada bulan itu Al Qur’an diturunkan sebagai petunjuk buat manusia dan penjelasan tentang petunjuk itu, dan sebagai pemisah (yang haq dan yang batil) (QS Al Baqarah: 185).

3. Bulan yang paling utama, bulan penuh berkah.
Bulan yang paling utama adalah bulan Ramadhan, dan hari yang paling utama adalah hari Jum’at (HR At-Thabarani) . Dari Ubadah bin Ash-Shamit, bahwa Rasulullah saw -pada suatu hari, ketika Ramadhan telah tiba- bersabda: Ramadhan telah datang kepada kalian, bulan yang penuh berkah, pada bulan itu Allah swt memberikan naungan-Nya kepada kalian. Dia turunkan Rahmat-Nya, Dia hapuskan kesalahan-kesalahan, dan Dia kabulkan do’a. pada bulan itu Allah swt akan melihat kalian berpacu melakukan kebaikan. Para malaikat berbangga dengan kalian, dan perlihatkanlah kebaikan diri kalian kepada Allah. Sesungguhnya orang yang celaka adalah orang yang pada bulan itu tidak mendapat Rahmat Allah swt”. (HR Ath-Thabarani) .

4. Bulan ampunan dosa, bulan peluang emas melakukan ketaatan.
Rasulullah saw bersabda: Shalat lima waktu, dari Jum’at ke Jum’at, dari Ramadhan ke Ramadhan, dapat menghapuskan dosa-dosa, apabila dosa-dosa besar dihindari. (HR Muslim). Barang siapa yang melakukan ibadah di malam hari bulan Ramadhan, karena iman dan mengharapkan ridha Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu diampuni. (Muttafaqun ‘alaih). Apabila Ramadhan datang, maka pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaithon-syaithon dibelenggu. (Muttafqun ‘alaih).

5. Bulan dilipat gandakannya amal shaleh.
Rabb-Mu berkata: “Setiap perbuatan baik dilipat gandakan pahalanya sepuluh kali lipat sampai tujuh ratus kali lipat, kecuali puasa, puasa itu untuk-Ku, dan Akulah yang akan membalasnya. Puasa adalah perisai yang melindungi dari api neraka. Bau mulut orang yang berpuasa di sisi Allah lebih wangi dari pada parfum misik. Apabila orang bodoh berlaku jahil kepada seseorang diantara kamu yang tengah berpuasa, hendaknya ia katakan: “Aku sedang berpuasa, aku sedang berpuasa”. (HR At-Tirmidzi).Khutbah Rasulullah saw menyongsong bulan suci Ramadhan sebagai bulan mulia, bulan ibadah, bulan santunan. Dari Salman RadhiyaLlahu ‘anhu, katanya: Rasulullah saw berkhutbah di tengah-tengah kami pada akhir bulan Sya’ban, beliau saw bersabda: “Hai manusia, bulan yang agung, bulan yang penuh berkah telah menaungi. Bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang padanya Allah mewajibkan berpuasa. Qiyamullail disunnahkan.Barang siapa yang pada bulan itu mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu kebaikan, nilainya seperti orang yang melakukan perbuatan yang diwajibkan pada bulan lainnya. Dan barang siapa yang melakukan suatu kewajiban pada bulan itu, nilainya sama dengan tujuh puluh kali lipat dari kewajiban yang dilakukannya pada bulan lainnya. Bulan Ramadhan adalah bulan sabar, sabar itu balasannya syurga, Ramadhan adalah bulan santunan.
Bulan ditambahkannya rizqi orang mukmin. Siapa yang memberikan makanan untuk berbuka kepada seorang yang berpuasa, balasannya adalah ampunan terhadap dosa-dosanya, dirinya dibebaskan dari neraka, dan dia mendapatkan pahala sebesar yang didapat oleh orang yang berpuasa, tanpa mengurangi pahala orang tersebut. Sahabat berkomentar, kata mereka: “Ya Rasulullah, tidak setiap kami memiliki makanan untuk berbuka yang dapat diberikan kepada orang yang berpuasa? Sabda Rasulullah saw: “Pahal tersebut akan diberikan Allah, meskipun yang diberikan untuk berbuka bagi yang berpuasa hanya satu buah kurma, atau seteguk air, atau sesendok mentega.

Bulan Ramadhan awalnya rahmat, tengahnya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka, siapa yang memberikan keringanan bagi hamba sahayanya pada bulan itu, Allah akan ampuni dosanya, dan dia dibebaskan dari neraka. Pada bulan ini, perbanyaklah empat hal, dua diantaranya membuat kamu diridhai Rabbmu, dan dua yang lainnya sesuatu yang sangat kamu butuhkan.
Dua hal yang membuat kamu diridhai Rabbmu adalah:
1. Bersaksi bahwa tidak ada Tuhan melainkan Allah, dan
2. Kamu meminta ampunan kepada-Nya.
Sedangkan dua hal lainnya yang sangat kamu butuhkan adalah:
3. Kamu meminta syurga kepada Allah, dan
4. Kamu minta dilindungi dari neraka.
Siapa yang memberikan minum kepada orang yang berpuasa, Allah akan memberikan minuman kepadanya dari telagaku yang tidak akan menjadi haus sampai dia masuk syurga”. (HR Ibnu Khuzaimah).

6. Ramadhan bulan jihad, bulan kemenangan.
Sejarah mencatat, bahwa pada bulan suci Ramadhan inilah beberapa kesuksesan dan kemenangan besar diraih ummat Islam, yang sekaligus membuktikan bahwa Ramadhan bukan bulan malas dan lemah, tapi merupakan bulankuat, bulan jihad, bulan kemenangan. Perang Badar Kubro yang diabadikan dalam Al Qur’an sebagai yaumul furqan, dan ummat Islam saat itu meraih kemenangan besar, terjadi pada tanggal 17 Ramadhan tahun 2 Hijriyah. Dan saat itu, gembong kebatilan: Abu Jahal, terbunuh.Pada bulan Ramadhan pula fathu Makkah terjadi, yang dibadaikan dalam Al Qur’an sebagai Fathan Mubiiina, tepatnya pada tanggal 10 Ramadhan tahun 8 (delapan) Hijriyah. Serangkaian peristiwa besar lainnya juga terjadi pada bulan Ramadhan, seperti: beberapa pertempuran dalam perang Tabuk, terjadi pada bulan Ramadhan tahun 9 (sembilan) Hijriyah. Tersebarnya Islam di Yaman pada bulan Ramadhan tahun 10 Hijriyah. Khalid bin Al Walid menghancurkan berhala Uzza pada tanggal 25 Ramadhan tahun 8 (delapan) Hijriyah. Dihancurkannya berhala Latta pada bulan Ramadhan tahun 9 Hijriyah.Ditaklukkannya Andalus (Spanyol sekarang) di bawah pimpinan Thariq bin Ziyad pada tanggal 28 Ramadhan tahun 92 Hijriyah. Peperangan ‘Ain Jalut, dimana untuk pertama kalinya pasukan Islam berhasil mengalahkan bangsa Mongol Tartar, yang sebelumnya sempat dianggap mustahil, juga terjadi pada bulan Ramadhan tahun 658 Hijriyah. Dan masih banyak lagi yang lainnya.

Tuesday, September 11, 2007

Ramadhan Karim : Adab-adab Berpuasa

Adab-Adab Berpuasa



Penulis: Al-Ustadz Abu Abdirrahman Al-Bugisi

A. Makan Sahur

Orang yang berpuasa sangat dianjurkan untuk makan sahur. Hal ini berdasarkan hadits dari ‘Amru bin Al-‘Ash radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحُوْرِ

“Perbedaan antara puasa kami dengan puasa ahli kitab adalah makan sahur.” (HR. Muslim)

Dari Salman radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

الْبَرَكَةُ فِيْ ثَلاَثَةٍ: الْجَمَاعَةِ وَالثَّرِيْدِ وَالسَّحُوْرِ

“Berkah ada pada 3 hal: berjamaah, tsarid (roti remas yang direndam dalam kuah), dan makan sahur.” (HR. Ath-Thabrani, 6/251, dengan sanad yang hasan dengan penguatnya, lihat Shifat Shaum An-Nabi oleh Ali Al-Halabi, hal. 44)

Disukai untuk mengakhirkan makan sahur berdasarkan hadits Anas dari Zaid bin Tsabit radhiyallahu ‘anhu, ia berkata:

Kami makan sahur bersama Rasulullah shallallahu alaihi wasallam kemudian beliau bangkit menuju shalat. Aku (Anas) bertanya: “Berapa jarak antara adzan1 dan sahur?” Beliau menjawab: “Kadarnya (seperti orang membaca) 50 ayat.” (Muttafaqun ‘alaih)

Namun apa yang diistilahkan oleh kebanyakan kaum muslimin dengan istilah imsak, yaitu menahan (tidak makan) beberapa saat sebelum adzan Shubuh adalah perbuatan bid’ah karena dalam ajaran nabi shallallahu alaihi wasallam tidak ada imsak (menahan diri) kecuali bila adzan fajar dikumandangkan. Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

إِذَا أَذَّنَ بِلاَلٌ فَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يُؤَذِّنَ ابْنُ أُمِّ مَكْتُوْمٍِ

“Apabila Bilal mengumandangkan adzan (pertama), maka (tetap) makan dan minumlah hingga Ibnu Ummi Maktum mengumandangkan adzan.” (Muttafaqun ‘alaih)

Bahkan bagi orang yang ketika adzan dikumandangkan masih memegang gelas dan semisalnya untuk minum, diberikan rukhshah (keringanan) khusus baginya sehingga dia boleh meminumnya.

Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

إِذَ سَمِعَ أَحَدُكُمُ النِّدَاءُ وَاْلإِنَاءُ عَلَى يَدِهِ فَلاَ يَضَعْهُ حَتَّى يَقْضِيَ حَاجَتَهُ مِنْهُ

“Jika salah seorang kalian mendengar panggilan (adzan) sedangkan bejana (minumnya) ada di tangannya, maka janganlah dia meletakkannya hingga menunaikan keinginannya dari bejana (tersebut).” (HR. Ahmad dan Abu Dawud dan dihasankan oleh Syaikhuna Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i rahimahullah dalam Al-Jami’ Ash-Shahih, 2/418-419)

Hukum makan sahur adalah sunnah muakkadah. Berkata Ibnul Mundzir: “Umat ini telah bersepakat bahwa makan sahur hukumnya sunnah dan tidak ada dosa bagi yang tidak melakukannya berdasarkan hadits Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُوْرِ بَرَكَةً

“Makan sahurlah, karena sesungguhnya pada makan sahur itu ada barakahnya.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Dianjurkan makan sahur dengan buah kurma jika ada, dan boleh dengan yang lain berdasarkan hadits Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

نِعْمَ السَّحُوْرِ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ

“Sebaik-baik sahur seorang mukmin adalah buah kurma.” (HR. Abu Dawud, 2/2345, dan Ibnu Hibban, 8/3475, Al-Baihaqi, 4/236, dan dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullah)

Jika seseorang ragu apakah fajar telah terbit atau belum, maka boleh dia makan dan minum sampai dia yakin bahwa fajar telah terbit.

Firman Allah subhanallahu wata’ala:

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ اْلأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ اْلأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ

“Makan dan minumlah kalian hingga jelas bagimu benang putih dan benang hitam, yaitu fajar ….” (Al-Baqarah: 187)

Berkata As-Sa’di rahimahullah: “Padanya terdapat (dalil) bahwa jika (seseorang) makan dan semisalnya dalam keadaan ragu akan terbitnya fajar maka (yang demikian) tidak mengapa.” (Taisir Al-Karim Ar-Rahman hal. 87)

B. Berbuka Puasa

Orang yang berpuasa dianjurkan untuk mempercepat berbuka jika memang telah masuk waktu berbuka. Tidak boleh menundanya meski ia merasa masih kuat untuk berpuasa. ‘Amr bin Maimun Al-Audi meriwayatkan:

كَانَ أَصْحَابُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَعْجَلَ النَّاسِ إِفْطًارًا وَأَبْطَأَهُمْ سُحُوْرًا

“Para shahabat Muhammad shallallahu alaihi wasallam adalah orang yang paling cepat berbukanya dan paling lambat sahurnya.” (HR. Al-Baihaqi, 4/238, dan Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah menshahihkan sanadnya)

Berkata Asy-Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullah:

“Cepat-cepat berbuka puasa (dianjurkan) bila telah terbenam matahari, bukan karena adzan. Namun di waktu sekarang (banyak) manusia menyesuaikan adzan dengan jam-jam mereka. Maka bila matahari telah terbenam boleh bagi kalian berbuka walaupun muadzdzin belum mengumandangkan adzan.” (Asy-Syarh Al-Mumti’)

Buka puasa dilakukan dalam keadaan ia mengetahui dengan yakin bahwa matahari telah terbenam. Hal ini bisa dilakukan dengan melihat di lautan dan semisalnya. Adapun hanya sekedar menduga dengan kegelapan dan semisalnya, maka bukan dalil atas terbenamnya matahari. Wallahu a’lam.

Mempercepat buka puasa adalah mengikuti Sunnah Rasulullah shallallahu alaihi wasallam. Sahl bin Sa’ad radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

لاَ تَزَالُ أُمَّتِيْ عَلَى سُنَّتِيْ مَا لَمْ تَنْتَظِرْ بِفِطْرِهَا النُّجُوْمَ

“Senantiasa umatku berada di atas Sunnahku selama mereka tidak menunggu (munculnya) bintang ketika hendak berbuka.” (HR. Al-Hakim, 1/599, Ibnu Hibban, 8/3510, dengan sanad yang shahih. Lihat Shifat Shaum An-Nabi hal. 63)

Mempercepat berbuka puasa akan mendatangkan kebaikan bagi pelakunya. Seperti yang diriwayatkan Sahl bin Sa’ad radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

لاَ يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الفِّطْرَ

“Senantiasa manusia berada dalam kebaikan selama mereka mempercepat buka puasa.” (HR. Al-Bukhari, 2/1856, dan Muslim, 2/1098)

Mempercepat berbuka puasa adalah perbuatan menyelisihi Yahudi dan Nashara. Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

لاَ يَزَالُ هَذَا الدِّيْنُ ظَاهِرًا مَا عَجَّلَ النَّاسُ الْفِطْرَ لأَنَّ الْيَهُوْدَ وَالنَّصَارَى يُؤَخِّرُوْنَ

“Senantiasa agama ini nampak jelas selama manusia mempercepat buka puasa karena Yahudi dan Nashara mengakhirkannya.” (HR. Abu Dawud, 2/2353, Ibnu Majah, 1/1698, An-Nasai dalam Al-Kubra, 2/253, dan Ibnu Hibban, 8/3503, dan dihasankan oleh Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullah)

Selain itu, mempercepat buka puasa termasuk akhlak kenabian. Sebagaimana dikatakan ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha:

ثَلاَثٌ مِنْ أَخْلاَقِ النُّبُوَّةِ: تَعْجِيْلُ اْلإِفْطَارِ وَالتَّأْخِيْرُ السُّحُوْرِ وَوَضْعُ الْيَمِيْنِ عَلَى الشِّمَالِ فِي الصَّلاَةِ

“Tiga hal dari akhlak kenabian: mempercepat berbuka, mengakhirkan sahur, dan meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri dalam shalat.” (HR. Ad-Daruquthni, 1/284, dan Al-Baihaqi, 2/29)

Orang harus berbuka puasa lebih dahulu sebelum shalat Maghrib, berdasarkan hadits Anas radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam berbuka puasa sebelum shalat (Maghrib) dan makanan yang paling dianjurkan untuk berbuka puasa adalah kurma. Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ عَلَى رُطَبَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٍ فَتُمَيْرَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تُمَيْرَاتٍ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ

“Adalah Nabi shallallahu alaihi wasallam berbuka dengan ruthab (kurma muda) sebelum shalat (Maghrib), bila tidak ada ruthab maka dengan tamr (kurma yang matang), bila tidak ada maka dengan beberapa teguk air.” (HR. Abu Dawud, 2/2356, dan At-Tirmidzi, 3/696, Ad-Daruquthni, 2/185, dengan sanad yang shahih, dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullah)

Jangan lupa, berdoa sebelum berbuka puasa dengan doa:

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَتِ الْعُرُوْقُ وَثَبَتَ اْلأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللهُ تَعَالَى

“Telah hilang dahaga dan telah basah urat-urat dan telah tetap pahala insya Allah subhanallahu wata’ala.” (HR. Abu Dawud, 2/306 no. 2357, An-Nasai dalam As-Sunan Al-Kubra, 2/255, Ad-Daruquthni, 2/185, Al-Baihaqi, 4/239, dari hadits Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anha dan dihasankan oleh Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullah)

Orang yang menjalankan ibadah puasa diharuskan menjauhkan perkataan dusta sebagaimana yang terdapat dalam hadits Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bersabda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam:

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّوْرِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ للهِ حَاجَةٌ فِيْ أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ

“Siapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan mengamalkannya, maka tidak ada keinginan Allah pada puasanya” (HR. Bukhari no. 1804)

1 Yang dimaksud adalah iqomah, karena terkadang iqomah disebut adzan, wallahu a’lam. Yang dimaksud dengan sahur adalah akhir waktu sahur yaitu ketika masuk waktu shubuh, sebagaimana akan lebih jelas pada artikel ‘Sahur dan Berbuka’, -red.

Pembatal Puasa

a. Makan dan minum dengan sengaja

Allah subhanallahu wata’ala berfirman:

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ اْلأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ اْلأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ

“Makan dan minumlah hingga jelas bagi kalian benang putih dari benang hitam dari fajar kemudian sempurnakanlah puasa hingga malam.” (Al-Baqarah: 187)

Namun jika seseorang lupa maka puasanya tidak batal, berdasarkan hadits Rasulullah shallallahu alaihi wasallam:

إِذَا نَسِيَ فَأَكَلَ وَشَرِبَ فَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ فَإِنَّمَا أَطْعَمَهُ اللهُ وَسَقَاهُ

“Jika ia lupa lalu makan dan minum maka hendaklah dia sempurnakan puasanya karena sesungguhnya Allah yang memberinya makan dan minum.” (HR. Al-Bukhari no. 1831 dan Muslim no. 1155)

b. Keluar darah haidh dan nifas

Hal ini sebagaimana dikatakan ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha:

“Adalah kami mengalami (haidh), maka kami diperintahkan untuk meng-qadha puasa dan tidak diperintahkan meng-qadha shalat.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Para ulama telah sepakat dalam perkara ini.

c. Melakukan hubungan suami istri di siang hari Ramadhan

Hal ini berdasarkan dalil Al Qur’an, As Sunnah, dan kesepakatan para ulama. Bagi yang melakukannya diharuskan membayar kaffarah yaitu membebaskan budak, bila tidak mampu maka berpuasa dua bulan secara terus-menerus, dan bila tidak mampu juga maka memberi makan 60 orang miskin. Tidak ada qadha baginya menurut pendapat yang kuat. Hukum ini berlaku secara umum baik bagi laki-laki maupun perempuan.

Adapun bila seseorang melakukan hubungan suami istri karena lupa bahwa dia sedang berpuasa, maka pendapat yang kuat dari para ulama adalah puasanya tidak batal, tidak ada qadha dan tidak pula kaffarah. Hal ini sebagaimana hadits Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

مَنْ أَفْطَرَ يَوْمًا مِنْ رَمَضَانَ نَاسِيًا فَلاَ قَضَاءَ عَلَيْهِ وَلاَ كَفَّارَةَ

“Barangsiapa yang berbuka sehari di bulan Ramadhan karena lupa, maka tidak ada qadha atasnya dan tidak ada kaffarah (baginya).” (HR. Al-Baihaqi, 4/229, Ibnu Khuzaimah, 3/1990, Ad-Daruquthni, 2/178, Ibnu Hibban, 8/3521, dan Al-Hakim, 1/595, dengan sanad yang shahih)

Kata ifthar mencakup makan, minum dan bersetubuh. Inilah pendapat jumhur ulama dan dikuatkan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah dan Asy-Syaukani rahimahumallah.

d. Berbekam

Ini termasuk perkara yang membatalkan puasa menurut pendapat yang rajih, berdasarkan hadits Rasulullah shallallahu alaihi wasallam:

أَفْطَرَ الْحَاجِمُ وَالْمَحْجُوْمُ

“Telah berbuka (batal puasa) orang yang berbekam dan yang dibekam.” (HR. At-Tirmidzi, 3/774, Abu Dawud, 2/2367;2370;2371, An-Nasai, 2/228, Ibnu Majah no. 1679,dan lainnya)

Hadits ini shahih dan diriwayatkan dari kurang lebih 18 orang shahabat dan dishahihkan oleh para ulama seperti Al-Imam Ahmad, Al-Bukhari, Ibnul Madini dan yang lainnya. Ini merupakan pendapat Al-Imam Ahmad dan Ishaq bin Rahuyah serta dikuatkan oleh Ibnul Mundzir.

Ada beberapa perkara lain yang juga disebutkan sebagian para ulama bahwa hal tersebut termasuk pembatal puasa, di antaranya:

a. Muntah dengan sengaja

Namun yang rajih dari pendapat ulama bahwa muntah tidaklah membatalkan puasa secara mutlak sengaja atau tidak sengaja. Sebab asal puasa seorang muslim adalah sah, tidaklah sesuatu itu membatalkan kecuali dengan dalil. Adapun hadits Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

مَنْ ذَرَعَهُ الْقَيْءُ فَلاَ قَضَاءَ عَلَيْهِ وَمَنِ اسْتَقَاءَ فَلْيَقْضِ

“Barangsiapa yang dikalahkan oleh muntahnya maka tidak ada sesuatu atasnya dan barangsiapa yang sengaja muntah maka hendaklah dia meng-qadha (menggantinya).” (HR. Ahmad, 2/498, At-Tirmidzi, 3/720, Abu Dawud, no. 2376 dan 2380, Ibnu Majah no. 1676)

Hadits ini dilemahkan oleh para ulama, di antaranya Al-Bukhari dan Ahmad. Juga dilemahkan oleh Asy-Syaikh Muqbil bin Hadi rahimahullah.

Namun jika muntah tersebut keluar lalu dia sengaja memasukkannya kembali maka hal ini membatalkan puasanya.

b. Menggunakan cairan penngganti makanan seperti infus

Terjadi perselisihan di kalangan para ulama, dan yang rajih bahwa suntikan terbagi menjadi dua bagian:

1). Suntikan yang kedudukannya sebagai pengganti makanan maka hal ini membatalkan puasanya, sebab nash-nash syari’at bila didapatkan pada sesuatu yang termasuk dalam penggambaran yang sama maka dihukumi sama seperti yang terdapat dalam nash.

2).Suntikan yang tidak berkedudukan sebagai pengganti makanan, maka hal ini tidaklah membatalkan puasa sebab gambarannya tidak seperti yang terdapat dalam nash baik lafadz maupun makna, tidak dikatakan makan dan tidak pula minum dan tidak pula termasuk dalam makna keduanya. Dan asalnya adalah sahnya puasa seorang muslim sampai meyakinkan pembatalnya berdasarkan dalil yang syar’i. (lihat fatwa Asy-Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah dalam Fatawa Islamiyyah: 2/130, fatwa Asy-Syaikh Bin Baaz rahimahullah dalam Fatawa Ramadhan: 2/485, dan Fatwa Lajnah Da’imah: 2/486, dan fatwa Syaikhul Islam rahimahullah dalam Haqiqotus Shiyam: 54-60).

Namun Asy-Syaikh Muqbil rahimahullah menasehatkan bagi orang yang sakit untuk berbuka dan tidak berpuasa agar tidak terjatuh ke dalam sesuatu yang menimbulkan syubhat. (Min Fatawa Ash-Shiyaam: 6)

c. Onani

Pendapat yang rajih dari pendapat para ulama bahwa onani tidaklah membatalkan puasa, namun termasuk perbuatan dosa yang diharamkan melakukannya baik ketika berpuasa maupun tidak. Allah subhanallahu wata’ala berfirman menyebutkan di antara ciri-ciri orang mukmin:

وَالَّذِيْنَ هُمْ لِفُرُوْجِهِمْ حَافِظُوْنَ. إِلاَّ عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُوْمِيْنَ. فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْعَادُوْنَ

“Dan (mereka adalah) orang yang memelihara kemaluannya, kecuali kepada istri-istrinya atau budak wanita yang mereka miliki. Maka sesungguhnya (hal itu) tidak tercela. Maka barangsiapa yang mencari selain itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” (Al-Mu’minun: 5-7)

Hal-Hal yang Diperbolehkan Bagi Orang yang Berpuasa

a. Bersiwak

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

لَوْ لاَ أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ صَلاَةٍ

“Jika aku tidak memberatkan umatku, niscaya akan kuperintahkan mereka bersiwak setiap hendak shalat.” (Muttafaq ‘alaih)

b. Masuknya waktu fajar dalam keadaan junub

Hal ini berdasarkan hadits ‘Aisyah dan Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha bahwa Nabi shallallahu alaihi wasallam mendapati waktu fajar dalam keadaan junub setelah (bersetubuh dengan) istrinya, kemudian beliau mandi dan berpuasa. (Muttafaq ‘alaihi)

c. Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung asal tidak berlebihan

Laqith bin Shabirah meriwayatkan bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

وَبَالِغْ فِي اْلإِسْتِنْشَاقِ إِلاَّ أَنْ تَكُوْنَ صَائِمًا

“Dan bersungguh-sungguhlah kalian dalam ber-istinsyaq (memasukkan air ke dalam hidung) kecuali bila kalian berpuasa.” (HR. Abu Dawud, 1/132, dan At-Tirmidzi, 3/788, An-Nasai, 1/66, dan dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullah)

d. Menggauli istri selain bersetubuh

Sebagaimana yang dikatakan oleh ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha:

“Adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mencium (istrinya) dan beliau berpuasa, menggaulinya (bukan jima’) dan beliau berpuasa.” (Muttafaqun ‘alaihi)

e. Mencicipi makanan dan menciumnya asal tidak memasukkan ke dalam kerongkongannya

Berkata Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anha:

“Tidak mengapa seseorang mencicipi cuka atau sesuatu (yang lain) selama tidak masuk kerongkongannya dalam keadaan dia berpuasa.” (Diriwayatkan Al-Bukhari secara mu’allaq dan disambung sanadnya oleh Ibnu Abi Syaibah dan Al-Baihaqi)

f. Mandi di siang hari

Sebagaimana yang terdapat pada kisah junub Nabi shallallahu alaihi wasallam yang telah lalu.

Perbuatan yang Dianjurkan di bulan Ramadhan

a. Memperbanyak shadaqah

b. Memperbanyak bacaan Al Qur’an, dzikir, doa, dan shalat

Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anha meriwayatkan:

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ وَكَانَ أَجْوَدَ مَا يَكُوْنُ فِيْ رَمَضَانَ حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبْرِيْلُ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ

“Rasulullah shallallahu alaihi wasallam adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya Al Qur`an.” (HR. Al-Bukhari)

c. Memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

“Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurang sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.” (HR. Ahmad, 4/114, At-Tirmidzi, 3/807, Ibnu Majah, 1/1746, Ad-Darimi no. 1702, dan dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullah dalam Shahih At-Tirmidzi).

Wallahul muwaffiq.

http://www.asysyariah.com/syariah.php?menu=detil&id_online=296

Ruang Lingkup Tabarruj - Apa sebenarnya ....

TABARRUJ

Tabarruj ialah mendedahkan kecantikan rupa paras,sama ada kecantikan itu dibahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. AL-Bukhari rahmatullah ‘alaihi ada berkata: “tabarruj, iaitu seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya”.
Untuk menjaga masyarakat daripada bahaya pendedahan ‘aurat dan disamping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang berakal lagi telah baligh dari bertabarruj.
Allah s.w.t telah berfirman dalam surah an –Nur ayat 31 yang bermaksud:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diektahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”.
Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian, adalah boleh membawa fitnah. Dengan inilah Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oelh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepasa kemurkaan Allah dan seksaan dari-Nya.
Berikut pula mari kita renungi firman Allah khasnya yang tujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Hai isteri-isteri Nabi (a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kau bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dlaam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik.” (Al-ahzab: 32)
Daripada ayat ini dapatlah difahamkan bahawa suara lemah lembut adalah sebahagian daripada ‘aurat wanita juga.Kembali lagi kita kepada jenis alat-alat make-up. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan”Penggunaan wangi-wangian sembur atau jenis jenis bauan bagi kaum wanita diwaktu keluar dari rumah adalah dilarang, kerana syari’at Islam, apabila melarang perzinaan, maka segala sumber-sumber dan cirri-ciri yang membawa kepada perbuatan keji tadi semuanya juga dilarang.
Ummu salamah ada menceritakan, maksudnya begini: “ Asma’ binti Abu Bakar telah menziarahi Rasulullah s.a.w pada suatu hari dengan pakaian yang nipis. Lantas Rasulullah.s.a.w menasihatinya dengan bersabda yang maksudnya : “ Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaidh (baligh), tidak harus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali ini dan ini.”. ketika itu Rasulullah s.a.w mengisyaratkan kepada muka dan kedua tapak tangan.


Lampiran: Ringkasan Petikan dari Dr. Abdul Karim Zaidan, PhD Baghdad


TABARRUJ

- Tabarruj bererti wanita menunjukkan dan merperagakan perhiasan dan
kecantikannya untuk menarik perhatian kaum lelaki dan meransang keinginan
mereka. Dalil: surah al-Ahzab ayat 33.
- Tabarruj jahiliyyah bererti wanita membuka niqabnya hingga mendedahkan
muka, kecantikan dan perhiasannya.
- Tabarruj hari ini tidak sesuai diistilahkan dengan tabarruj jahiliyyah kerana
wanita sekarang bukan setakat membuka tutupan muka dan memperagakan
kecantikannya tetapi lebih dari itu. Tabarruj hari ini dengan memdedahkan
separuh tubuh, malah lebih dari itu.
- Istilah yang lebih sesuai ialah istilah yang pernah digunakan oleh Rasulullah
s.a.w dalam sabdanya yang bermaksud ‘separuh telanjang’ (al-kaasiaat al-
‘aariyaat).

- Tabarruj yang diharamkan ialah:
- Tabarruj di luar rumah denga berhias bukan untuk suami.
- Mendedahkan muka dengan tujuan meransang keinginan dan syahwat lelaki.
- Bersolek dan berhias belebihan.
- Menggunakan alat-alat solek / make-up.
- Mempercantikkan bibir, alis dan pipi (mempercantikkan raut muka).
- Dan lain-lain.
- Termasuk dalam istilah tabarruj ialah fesyen-fesyen pakaian. Ini kerana pada
dasarnya pakaian wanita sama dengan pakaian lelaki iaitu menutup aurat.

- Ciri pakaian syar’ie wanita ialah:
- pakaian mestilah meliputi seluruh tubuh wanita
- pakaian itu mestilah longgar
- tidak nipis
- bukan pakaian yang mempunyai nilai untuk bermegah-megah dengannya
- tidak menyamai pakaian lelaki
- Pakaian yang tidak memenuhi ciri ini dikira sebagai pakaian yang tabarruj.
- Berpakaian kemas, smart dan ceria bukan dikira tabarruj.
- Termasuk dalam istilah tabarruj memakai barang perhiasan diri.
- Perhiasan ialah semua yang dijadikan perhiasan oleh wanita samada pakaian
atau sesuatu yang dijadikan perhiasan diri.

- Antara perhiasan yang dibenarkan ialah membersihkan diri dari segala aspek,
termasuk membersih sesuatu yang fitrah.
- Jenis perhiasan antaranya:
- Barangan perhiasan yang terdiri dari emas, perak dan permata.
- Pakaian luar dan dalam

- Hukum berhias harus, malah ada kalanya sunat kecuali perhiasan yang telah
dinaskan haram. Ia sunat kepada isteri yang suaminya bersamanya, bukan
isteri yang suaminya tiada di sampingnya.
- Semua jenis perhiasan ini harus selagi ia tidak termasuk ke dalam istilah
tabarruj.
25

- Termasuk ke dalam istilah tabarruj ialah bersolek dengan merubah sifat
semulajadi:
- Mencabut atau dengan apa jua cara untuk menghilangkan bulu muka. Boleh
bagi yang berkahwin untuk suami.
- Mencabut dan membentuk alis. Boleh sekiranya alis yang asal hodoh
dipandang.
- Memerahkan muka. Boleh bagi yang berkahwin, untuk suami.
- Lain-lain seperti rambut palsu, wangian berlebihan, celak berlebihan, …..
- Secara umum, berhias untuk suami dibolehkan dan tidak dikira sebagai
tabarruj.
- Berhias keluar rumah bukan untuk suami adalah tabarruj.
- Bersolek dan berhias wanita hari ini telah melebihi dari maksud tabarruj.


IKHTILAT (PERCAMPURAN / PERGAULAN)-

Maksud pergaulan: bercampur antara wanita dan lelaki ajnabi di satu tempat
yang pada kebiasaannya membawa mereka berpandangan, bercakap dan
berinteraksi.
- Hukum asal pergaulan wanita dan lelaki ajnabi adalah ditegah.
- Tiada nas yang jelas melarang pergaulan.

Tegahan pergaulan ini hanya
disimpulkan dari beberapa tegahan lain:
- Tegahan wanita bermusafir sendirian tanpa mahram
- Tegahan berkhulwat antara wanita dengan lelaki ajnabi
- Tidak wajib solat jamaah ke atas wanita
- Tidak wajib solat jumaat ke atas wanita
- Hukum-hukum khusus mengenai wanita dalam ibadat haji
- Tegahan wanita berjalan berseiringan dengan lelaki
- Dari larangan-larangan inilah ulamak menyimpulkan pergaulan wanita
dengan lelaki ajnabi ditegah.

- Pergaulan yang dibenarkan atas dasar pengecualian kerana keperluan:
- Pergaulan atas sebab darurat
- Pergaulan untuk tujuan bermuamalah
- Pergaulan untuk tujuan melaksanakan tugas-tugas kehakiman
- Pergaulan menunaikan kesaksian
- Pergaulan atas tugas penguatkuasa undang-undang
- Pergaulan untuk tujuan melayan tetamu di rumah
- Pergaulan untuk tujuan menghormati tetamu dengan makan bersama
- Pergaulan dalam kenderaan awam bagi wanita yang melakukan kerja
syar’ie dengan syarat hukum-hukum Islam yang lain dipenuhi
- Pergaulan untuk melakukan kerja-kerja jihad
- Pergaulan untuk tujuan mendengar ceramah dan ilmu
- Pergaulan atas sebab kebiasaan dan teradat yang tidak bercanggah dengan
syara’
- Dalam kitab Muwatta’ oleh Imam Malik disebutkan “Wanita (boleh) makan
bersama lelaki apabila pada kebiasaan teradat wanita makan bersama-sama
lelaki.
- Pergaulan semasa menziarahi keluarga terdekat dan teman handai pada majlismajlis
tertentu, maka dalam majlis yang sama dengan syarat memelihara adab
sopan keislaman dan hukum-hukum Islam.
26

- Pergaulan wanita dengan lelaki dalam satu majlis bersama.
Ada dua pendapat:
- Pendapat pertama tidak boleh kerana hadis mengenai pengaduan kaum
wanita di zaman Rasulullah tentang kelebihan kaum lelaki mendapatkan
ilmu, lantas Rasulullah s.a.w memperuntukkan satu masa belajar khusus
bagi wanita.
- Pendapat kedua boleh kerana pergaulan untuk tujuan muamalah
dibolehkan, maka pergaulan untuk menuntut ilmu tentulah lebih boleh lagi,
kerana suasana menuntut ilmu lebih jauh dari fitnah berbanding suasana
muamalah.

- Tentang hadis yang dikemukakan di atas, pengkhususan satu majlis untuk
kaum wanita bukan kerana larangan pergaulan lelaki dan wanita semasa
menuntut ilmu, tetapi kerana tabiat kaum wanita sentiasa banyak terhalang
untuk keluar bersama Rasulullah s.a.w. Tidak seperti kaum lelaki yang sentiasa
berpeluang untuk berbuat demikian. Oleh itu wanita perlu dikhususkan satu
masa bersama Rasulullah s.a.w.

- Namun demikian keharusan ini hendaklah disertai dengan iltizam yang
bersungguh-sungguh, hukum, adab dan tata susila Islam:
- Menjaga aurat
- Tidak tabarruj
- Tidak mengangkat suara dengan tinggi
- Serius, tidak bermanja-manja dan melembut-lembutkan suara sewaktu
bercakap
- Menundukkan pandangan, bukan mata galak, bukan curi pandang
- Warak, tapi bukan warak-warak kucing

IQRA` : Diskusi Buku - Tabarruj

Tajuk Buku : Tabarruj Dosa yang Dianggap Biasa


Penulis : Asy Syaikh Abdul Aziz bin Baz – rahimahullah
Penerjemah : Ummu Ishaq Zulfa bintu Husein
Cetakan : Keempat, Rabi'ul Awal 1427 H
Penerbit : Pustaka Al Haura'
Ukuran : 13,9 cm x 20,9 cm
Jumlah Halaman : 116


Disebutkan dalam sebuah hadits shahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Tirmidzi dan Ibnu Majah, bahwasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah besabda:
"Tidaklah aku tinggalkan sepeninggalku fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki daripada fitnahnya wanita."

Memang benar, wanita adalah makhluk unik yang penuh dengan misteri dan keanehan. Betapa tidak, banyak laki-laki muslim, taat beragama dan berakhlak mulia, berubah menjadi laki-laki urakan, bermoral rendah dan jauh dari agama setelah mengenal wanita, bergaul dengannya, dan menyelami seluk-beluknya. Bukan hanya sampai di situ saja, melainkan berubah menjadi laki-laki "doyan wanita", na'udzu billahi min dzalik. Apakah mesti begitu? Tentu saja tidak; tidak semua wanita adalah rendah akhlaknya, tidak semua wanita pengobral maksiat, dan penghamba kenistaan. Hanya wanita-wanita tidak kenal dan megilmui agama Islam yang suci sajalah yang mengantarkan laki-laki sholeh menjadi laki-laki biadab. sedangkan wanita muslimah, mukminah, sholihah yang penuh antusias dan semangat yang menyala-nyala dalam mempelajari dan menAl_Islam, akan mendampingi laki-laki menuju kebahagiaan hakiki di dunia dan di akhirat.



Daftar Isi


BAB I :
BAHAYA TABARRUJ__13

BAB II:
BAHANYA WANITA MENYERTAI PRIA DI LAPANGAN KERJA__37

BAB III:
HUKUM IKHTILATH DI DALAM PENDIDIKAN__58

BAB IV:
BAHAYA WANITA MENGAJAR MURID LAKI-LAKI PADA PADA TINGKAT IBTIDAIYAH__72

BAB V:
PERKARA -PERKARA MUNGKAR YANG WAJIB DIPERINGATKAN__77

BAB VI:
FATWA-FATWA MENGENAI WANITA__85
- Hukum berobat pada tukang ramal dan mempergunakan jin__85
- Hukum orang junub, wanita haidh dan nifas membaca Al-Qur'an__87
- Mandi karena mimpi basah__89
- Hukum shalat dan puasanya wanita nifas sebelum masa nifas 40 hari__92
- Hukum meninggalkan shalat secara sengaja__93
- Zakat perhiasan__94
- Hukum gaji pegawai bank__98
- Tidak boleh menolak pelamar yang sekufu__99
- Hukum wanita keluar dari rumah dalam keadaan memakai wewangian__102
- Hukum berjabat tangan dan mencium wanita-wanita kerabat namun bukan mahram__104
- Hijab wajib pada seluruh negeri__107
- Memandang artis__109
- Wanita menampakkan wajahnya di hadapan sopir__110
- Hukum mendatangkan pembantu wanita non muslimah__111
- Hkum nyanyian dan memukul rebab dan drum (tambur)__112
- Hukum mengolok-olok hijab__14



Buku-buku Kewanitaan yang lain

Panduan Fiqh Praktis bagi Wanita, Asy Syaikh Dr. Shalih bin 'Abdillah Aalu Fauzan (hafidzahullah), Pustaka Sumayyah, harga Rp18.000

Nasehatku untuk Kaum Wanita, Ummu 'Abdillah Al-Wadi'iyyah, Pustaka Ar Royyan, harga Rp47.500

Permasalahan Hijab dan Cadar, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah, Syaikh 'Abdul 'Aziz bin 'Abdullah bin Baaz, Syaikh Muhammad bin Sholeh Al-'Utsaimin, Doktor Muhammad Taqiyyuddin Al-Hil, Darulilmi, harga Rp22.000

Asy-Syaikh Muqbil Menjawab Masalah Wanita, Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi'i, Penerbit An-Najiyah, harga Rp22.000

Persembahan Untukmu Duhai Muslimah, Ummu Salamah As Salafiyah, Pustaka Al Haura', harga Rp24.000

Wanita Dambaan Hati, Khalid bin Abdurrahman asy-Syayi', Pustaka Al Haura', harga Rp11.400

Wahai Muslimah Dengarlah Nasehatku, Ummu Abdillah bintu Muqbil Al Wadi?iyyah, Pustaka Sumayyah, harga Rp40.000

Menggugat Emansipasi Wanita, Asy Syaikh Abu Abdirrahman Yahya bin Ali Al Hajuri, Penerbit An-Najiyah, harga Rp22.000

Peranan Wanita Dalam Amar Ma'ruf Nahi Mungkar, DR. Fadhl Ilahi, Pustaka Ar Royyan, harga Rp29.000



* Harap maaf , ilustrasi kulit buku tidak dapat dipaparkan di atas sebab-sebab teknikal.

Tuesday, September 4, 2007

How to deal with the interest from Bank Ribawi

Interest Bank is Riba

Question:
Can we give the interest from banks to the needy one?

Answer:
Praise be to Allaah.
If there is a person who deals in riba (interest/usury), then repents and wants to get rid of the money he gained from riba, it is permissible for him to give it to the poor in order to get rid of it. A person can also do likewise if an amount of riba is put into his account by the bank, but this is not counted as sadaqah (charity), because Allaah is Good and only accepts that which is good and pure. As for continuing to deal in riba, this is not permissible, because it is one of the major sins (kabaa’ir), and taking it is tantamount to challenging Allaah and His Messenger, even if one is dealing in riba in order to give it to the poor.

Islam Q&A
Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid

Monday, September 3, 2007

Amanah Saham haram ?

Hukum Melabur dalam ASB, ASW dan sewaktu dengannya


Artikel ini , dipostkan dalam weblog ini setelah bertubi-tubi soalan diajukan kepada saya berkenaan perkara tersebut. Oleh kerana tidak mempunyai kepakaran di dalam bidang tersebut maka saya attach penjelasan Us Zaharuddin Abd Rahman ( sila rujuk website beliau http://www.zaharuddin.net )


Salam, Bismillah wa hamdalillah, Setelah membuat kajian di ASB , maka jawapan yang paling tepat untuk soalan ASB adalah seperti berikut :- Ia adalah haram dan tidak sah seratus peratus, seluruh dividen hasil ASB juga tidaklah sah di sudut syara' kerana sebeba berikut :- 1) Pelaburan ASB iaitu sebanyak 37.30 % ke Maybank ( perbankan Ribawi yang haram) 2) Commerce asset holdings berhad ( KOnvensional) - 1.11 % 3) British American Tobacco berhad 1.07 % 4) Malaysian National Reinsurance Berhad - 0.89 % ( insuran konvensional) justeru, jika menurut ukur rujuk (benchmark) peratusan pelaburan haram dalam sesbuah syarikat yang dibuat oleh Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti , ( rujuk keputusan Majlis Penasihat Shariah SC). Maka jumlah di atas sudah menjadikan pelaburan haram menguasi dana pelaburan ASB. ini menyebabkan nya menjadi haram. Bagaimanapun , kemudian timbul fatwa yang menghalalkannya atas hujah di atas. Bagaimanapun minta maaf saya katakan bahawa semua hujjah di atas terlepas pandang satu aspek kritikal dalam mengesahkan pelaburan ASB. iaitu aspek AQAD PELABURAN YANG digunakan. adakah ia mudabarah atau musyarakah atau apa? dan jika mudarabah, perlu diingat bahawa jika aqad nya tidak sah dari sudut syara' maka seluruh pelaburan adalah batal tanpa mengira dalam industri halal atau haram ia dilaburkan. Maka setelah saya merujuk ke PNB, dan buku prospektus ASB. saya dapati bahawa termaktub bahawa capital (modal) pelaburan ASB adalah di jamin oleh PNB. ini bermakna sayarat dalam aqad pelaburan ini telah bercanggah dgn syarat pelaburan Mudarabah dalam Islam. Menurut mazhab Syafie, aqad pelaburan tadi adalah batal. Malah modal pelaburan tidak boleh dijamin oleh pihak yang mengurskan pelaburan juga di fatwa kan oleh Majma' Fiqh Islami atau OIC Islamic Fiqh Academy dalam konvensyen ke 9 mereka telah memutuskan bahawa jaminan modal hanya dibenarkan jika ia datang dari pihak ketiga. dan dengan syarat ia tidak dimasukkan di dalam kontrak mudarabah. Adakah ini dijaga oleh ASB...tidak sama sekali kerana mereka langsung tidak mempunyai Penasihat Shariah. Sepatutnya jika Malasyia ingin menjadi Global Islamic banking and Finance Hub.. sebagaimana di warwarkan Oleh Dato' Seri Najib, PNB harus di Islamisasikan terlebih dahulu. gunakan konsep mudarabah dalam pelaburan mereka dan melabur di kaunter halal sahaja. Banyak lagi kaunter halal untuk melabur wp kurang sikit dividen, biar halal walaupun sedikit, daripada banyak tapi haram . sekian, wallahu a'lam.

Us Zaharuddin Abd Rahman


# Untuk Maslahah, saya tidak postkan di sini tentang isu pinjaman PTPTN untuk tidak menimbulkan kecelaruan / keresahan terutamanya para pelajar pengajian tinggi, namun anda boleh layari website beliau (Us Zaharuddin) dan fatwa JAKIM jika amat terdesak ingin mengetahui persoalan tersebut dan masih tercari2 jawapannya......

Sunday, September 2, 2007

Ramadhan : Khutbah Rasulullah menyambut Ramadhan

Khutbah Rasulullah Menyambut Ramadhan


Selain memerintah shaum, dalam menyambut menjelang bulan Ramadhan, Rasulullah selalu memberikan beberapa nasehat dan pesan-pesan. Inilah ‘azimat’ Nabi tatkala memasuki Ramadhan.
Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia disisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama.

Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan oleh-NYA. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya.
Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya. Kasihilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu. Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu shalatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih; Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban (dosa) mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu.

Ketahuilah! Allah ta’ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang shalat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabb al-alamin.

Wahai manusia! Barang siapa di antaramu memberi buka kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu. (Sahabat-sahabat lain bertanya: “Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian.”

Rasulullah meneruskan: “Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.”
Wahai manusia! Siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati sirathol mustaqim pada hari ketika kai-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat.
Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakanya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahmi) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Barangsiapa melakukan shalat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan shalat fardu baginya ganjaran seperti melakukan 70 shalat fardu di bulan lain. Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu surga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu. Amirul mukminin k.w. berkata: “Aku berdiri dan berkata: “Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama di bulan ini?” Jawab Nabi: “Ya Abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah”.

Wahai manusia! sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkahan, yaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasanya suatu fardhu, dan qiyam di malam harinya suatu tathawwu’.”

“Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan yang lain.”

“Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya surga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan ( syahrul muwasah ) dan bulan Allah memberikan rizqi kepada mukmin di dalamnya.”

“Barangsiapa memberikan makanan berbuka seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikitpun berkurang.”

Para sahabat berkata, “Ya Rasulullah, tidaklah semua kami memiliki makanan berbuka puasa untuk orang lain yang berpuasa. Maka bersabdalah Rasulullah saw, “Allah memberikan pahala kepada orang yang memberi sebutir kurma, atau seteguk air, atau sehirup susu.”

“Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Barangsiapa meringankan beban dari budak sahaya (termasuk di sini para pembantu rumah) niscaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka.”

“Oleh karena itu banyakkanlah yang empat perkara di bulan Ramadhan; dua perkara untuk mendatangkan keridhaan Tuhanmu, dan dua perkara lagi kamu sangat menghajatinya.”
“Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampun kepada-Nya . Dua perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon surga dan perlindungan dari neraka.”

“Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, niscaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Ku dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam surga.” (HR. Ibnu Huzaimah).

fikrah : Apa Erti saya menganut Islam - siri 1 - Perspektif Aqidah


Apa Ertinya Saya Memeluk Islam


- Fathi Yakan

ماذا يعني انتمائي للإسلام؟ Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam ? Karangan: Fathi Yakan
Mukadimah Bahagian Pertama: * Mukadimah Bahagian Pertama * Bab 1: Saya Mestilah Muslim Di Sudut Aqidah * Bab 2: Saya Mestilah Muslim Di Sudut Ibadah * Bab 3: Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Akhlaq * Bab 4: Saya Mestilah Bersifat Seorang Muslim Terhadap Keluarga Saya * Bab 5: Saya Mestilah Dapat Menguasai Diri * Bab 6: Saya Wajib Meyakini Bahawa Masa Depan Adalah Untuk Islam Bahagian Kedua: * Mukadimah Bahagian Kedua * Bab 1: Saya Mesti Hidup Untuk Islam * Bab 2: Saya Mesti Meyakini Bahawa Beramal Untuk Islam Adalah Wajib * Bab 3: Peranan, Ciri-ciri dan Persediaan Harakah Islamiah * Bab 4: Saya Mestilah Memahami Cara-cara Beramal Dalam Islam * Bab 5: Saya Mesti Memahami Sejauh Manakah * Bab 6: Saya Mesti Memahami Tentang Pemusatan Amal Islami * Bab 7: Saya Mesti Memahami Syarat-syarat Baiah dan Keanggotaan http://zulkiplyharun.com/php/modules.php?name=fy


Saya Mestilah Muslim Di Sudut Aqidah

Berpegang dengan akidah yang benar lagi murni adalah syarat pertama bagi seseorang mengaku dirinya beragama Islam dan menjadikan Islam sebagai cara hidupnya. Pegangan tersebut mestilah selari dengan apa yang terkandung di dalam Kitabullah (Al-Quran) dan sunnah Rasulullah s.a.w. Ia mestilah beriman dengan apa yang telah diimani oleh orang-orang Islam terdahulu yang terdiri dari angkatan Salafus-Saleh serta para Imam penyampai agama ini yang telah diakui kebaikan, kebaktian serta ketakwaan mereka. Mereka ini mempunyai kefahaman yang mendalam lagi bersih dalam urusan agama. Bagi memastikan saya benar-benar Muslim dalam akidah maka saya mestilah beriman dengan perkara-perkara berikut: 1. 2. Saya mestilah beriman bahawa pencipta alam ini adalah Allah, Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Berkuasa, Maha Mengetahui serta tidak memerlukan pertolongan sesiapapun. Buktinya jelas pada kejadian alam ini yang penuh dengan keindahan, kerapian dan keseimbangan, saling perlu memerlukan di antara juzuk dengan juzuk yang lain. Adalah mustahil semua kejadian ini akan kekal dan berterusan sekiranya tidak berada di bawah penjagaan Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Kuasa. Firman Allah s.w.t: لَوْ كَانَ فِيهِمَا ءَالِهَةٌ إِلَّا اللَّهُ لَفَسَدَتَا فَسُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ عَمَّا يَصِفُونَ Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan. (Surah Al-Anbiya' 21: Ayat 22) 3. Saya mestilah beriman bahawa Tuhan yang Mada Mulia tidaklah mencipta segala kejadian alam secara sia-sia tanpa apa-apa tujuan. Kerana mustahil bagi Allah yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan itu mencipta sesuatu secara sia-sia. Adalah mustahil seseorang itu dapat memahami maksud tujuan Allah menjadikan sesuatu secara terperinci melainkan melalui penjelasan Rasulullah s.a.w dan wahyu dari Allah s.w.t sendiri. Firman Allah s.w.t: أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia. (Surah Al-Mu'minun 23: Ayat 115-116) 4. Saya mestilah beriman bahawasanya Allah s.w.t telah mengutuskan Rasul-rasul dan diturunkan untuk mereka kitab-kitab dengan tujuan mengajar manusia supaya mengenali Allah dan memahami matlamat kejadian mereka, mengetahui asal-usul mereka dan ke mana mereka akan kembali. Saya juga beriman bahawa Rasul terakhir dari kalangan Rasul-rasul yang mulia itu ialah Nabi Muhammad s.a.w yang Allah kurniakan kepadanya Al-Quran Al-Karim sebagai satu mukjizat yang berkekalan. Firman Allah s.w.t: وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اُعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلَالَةُ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya. (Surah Al-Nahl 16: Ayat 36) 5. Saya mestilah beriman bahawa matlamat kewujudan insan ialah mengenali Allah 'Azzawajalla seperti mana yang Allah s.w.t sendiri menjelaskannya, memberi penuh ketaatan kepadaNya dan mengabdikan diri kepadaNya. Firman Allah s.w.t: وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ مَا أُرِيدُ مِنْهُمْ مِنْ رِزْقٍ وَمَا أُرِيدُ أَنْ يُطْعِمُونِ إِنَّ اللَّهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya. (Surah Al-Zariyat 51: Ayat 56-58) 6. Saya mestilah beriman bahawa ganjaran bagi orang mukmin yang taat kepada Allah ialah syurga. Manakala balasan ke atas orang kafir lagi derhaka ialah api neraka. Allah menjelaskan: فَرِيقٌ فِي الْجَنَّةِ وَفَرِيقٌ فِي السَّعِيرِ "....sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk Neraka." (Surah Al-Syura 42: Ayat 7) 7. Saya mestilah beriman bahawa sekalian manusia melakukan kebaikan dan kejahatan dengan pilihan dan kehendak mereka sendiri. Namun demikian kebaikan yang dilakukan itu tidaklah berlaku, melainkan dengan taufik dan 'inayah dari Allah. Manakala amalan jahat pula tidaklah merupakan paksaan dari Allah tetapi ianya termasuk dalam batasan keizinan dan kehendakNya. Firman Allah s.w.t: وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (Surah al-Syams 91: Ayat 7-10) Dan firman Allah s.w.t; كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya. (Surah Al-Muddathir 74: Ayat 38). 8. Saya juga mestilah beriman bahawa urusan penciptaan undang-undang itu adalah hak mutlak Allah s.w.t. Tidak harus sama sekali manusia mendahului atau membelangkanginya. Apa yang dibolehkan ialah ilmuan Muslim atau para ulama' berijtihad mengeluarkan hukum-hukum dari nas-nas Syari'at dalam batas-batas yang diizinkan. Firman Allah s.w.t: وَمَا اخْتَلَفْتُمْ فِيهِ مِنْ شَيْءٍ فَحُكْمُهُ إِلَى اللَّهِ ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبِّي عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): Apa jua perkara agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan). (Surah Al-Syura 42: Ayat 10) 9. Saya mestilah berusaha mengetahui nama-nama dan sifat-sifat Allah yang layak bagi kemuliaanNya. Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: لِلَّهِ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ اسْمًا مِائَةٌ إِلَّا وَاحِدًا لَا يَحْفَظُهَا أَحَدٌ إِلَّا دَخَلَ الْجَنَّةَ وَهُوَ وَتْرٌ يُحِبُّ الْوَتْرَ "Allah s.w.t mempunyai sembilan puluh sembilan nama, kurang satu seratus. Sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga. Allah itu ganjil (tunggal) dan menyukai (bilangan) yang ganjil." (Hadis riwayat Bukhari & Muslim) 10. Saya mestilah berfikir merenungi kehebatan kejadian-kejadian Allah, bukan memikirkan tentang ZatNya sebagai mengikuti dan mentaati perintah Rasulullah s.a.w: تفكروا فى خلق الله ولا تتفكروا فى الله فإنكم لن تقدروا قدره "Berfikirlah kamu tentang makhluk ciptaan Allah dan janganlah kamu memikirkan tentang ZatNya kerana kamu tidaklah mengetahui keadaan sebenarnya." (Hadis diriwayatkan oleh Abu Nu'aim di dalam Al-Halyah dan Al-Asbahani meriwayatkannya di dalam Al-Taghrib wa Al-Tarhib) 11. Berhubung dengan sifat-sifat Allah s.w.t terdapat banyak ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim yang membuktikan kesempurnaan ketuhanan(UluhiyyahNya). Kita dapati beberapa ayat Al-Quran membuktikan kewujudan Allah, sifat baqa' (kekal), sifat qadim (sedia ada), sifat Ia berlainan dengan segala makhluk, tidak mempunyai anak, tidak ada yang menandingiNya. Kita juga menemui ayat-ayat yang menunjukkan Tuhan itu wujud dengan sendirinya, Maha Kaya dari segala makhlukNya dan makhluk berhajat berhajat kepada kebesaranNya. Demikian juga kita menemui ayat-ayat yang menunjukkan keEsaan Allah pada ZatNya, sifat-sifatNya dan perbuatanNya, kekuasaanNya, keagunganNya dan keluasan ilmuNya ke atas sesuatu. Kita temui lagi ayat-ayat yang menunjukkan iradah Allah mengatasi segala iradah yang lain dan Allah itu bersifat hidup yang penuh dengan kesempurnaan. Selain dari sifat-sifat yang disebut tadi, masih banyak lagi ayat-ayat yang menerangkan sifat-sifat kesempurnaan lain bagi Allah s.w.t yang tidak tercapai oleh daya pemikiran manusia yang terbatas, tentang hakikat sebenarnya. Maha Suci Allah, kita tidaklah dapat membataskan pujian kita terhadapNya sebagaimana memuji dirinya sendiri. 12. Saya mesti meyakini bahawa pendapat dan pandangan para salaf adalah lebih utama untuk diikuti supaya dapat menyelesaikan perbahasan tentang penta'wilan dan pentha'thilan sesetengah ayat suci Al-Quran, yakni membiarkan sebahagian dari sifat-sifat Allah di dalam Al-Quran dengan menyerahkan hakikat sebenar mengenai maknanya kepada Allah s.w.t. Saya juga mesti meyakini bahawa berbagai bentuk penta'wilan sesetengah ayat-ayat tertentu oleh golongan khalaf (terkemudian) tidak wajar dijadikan sebab kepada perselisihan yang berlarutan dan jangan sampai timbul kembali perbalahan di antara golongan khalaf di masa lampau mahupun masa kini. 13. Saya juga mesti mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata tidak menyekutukan dengan yang lain. Ini saya lakukan kerana menyahut seruan Allah dan RasulNya yang menyeru manusia supaya mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata dan tidak tunduk kepada sesuatu selain Allah. Amaran ini jelas dalam firman Allah s.w.t: وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اُعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. (Surah Al-Nahl 16: Ayat 36) 14. Saya juga mestilah takut hanya kepadaNya dan tidak takut kepada yang lain. Perasaan takut tersebut seharusnya menyebabkan saya menjauhi kemurkaan Allah dan larangan-laranganNya. Allah s.w.t menjelaskan: وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَخْشَ اللَّهَ وَيَتَّقْهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan. (Surah Al-nur 24: Ayat 52) Firman Allah s.w.t seterusnya: إِنَّ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ بِالْغَيْبِ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Mulk 67: Ayat 12) 15. Saya mesti sentiasa mengingati Allah dan berzikir menyebut namaNya untuk menjadikan diam saya itu adalah dalam keadaan berfikir dan apabila bercakap adalah kerana berzikir. Ini paling mujarab untuk jiwa dan senjata paling ampuh untuk menghadapi serangan-serangan zaman ini, pancaroba kehidupan serta asam garamnya. Inilah penawar yang sangat diperlukan oleh manusia zaman ini. Sungguh benar peringatan Allah yang menyatakan: الَّذِينَ ءَامَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Surah Al-Ra'ad 13: Ayat 28) FirmanNya lagi: وَمَنْ يَعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمَنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ وَإِنَّهُمْ لَيَصُدُّونَهُمْ عَنِ السَّبِيلِ وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ مُهْتَدُونَ Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. 37- Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk. (Surah Al-Zukhruf 43: Ayat 36-37). Dr. Briel sendiri mengakui kenyataan ini dengan menegaskan "sesungguhnya orang-orang yang berpegang teguh dengan agama, ia tidak akan dihinggapi penyakit jiwa. Manakala seorang pakar jiwa Dr. Riel Karienji menyatakan: "Sebenarnya para doktor penyakit jiwa menyedari bahawa keimanan yang kukuh dan pegangan yang teguh terhadap ajaran agama oleh seseorang adalah satu jaminan untuk menyembuhkan mereka darri penyakit gelisah, tegang perasaan, penyakit saraf dan lain-lain. 16. Saya juga wajib menyintai Allah dengan sebenar-benar cinta. Cinta yang menjadikan hati saya sentiasa merasa rindu dan terikat denganNya. Kecintaan itu juga mendorong saya menambah amalan-amalan kebaikan, berkorban dan berjihad di jalannya di sepanjang masa. Sekalipun hidup dalam kemewahan dan keseronokan dunia serta kecintaan terhadap kaum kerabat, semuanya tidak sepatutnya menghalang saya dari mencintai Allah. Ini adalah sejajar dengan seruan Allah yang mengingatkan: قُلْ إِنْ كَانَ ءَابَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka). (Surah Al-Taubah 9: Ayat 24) Pengorbanan demikian saya lakukan adalah untuk dapat merasai kelazatan dan kemanisan iman seperti yang disyaratkan oleh Rasul yang mulia s.a.w: ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ "Barang siapa yang ada padanya tiga syarat ini, ia dapat merasai kemanisan iman: Jika ia mencintai Allah dan rasulNya mengatasi kasihnya kepada yang lain. Jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan kerana Allah. Jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka." 17. Saya mesti bertawakal sepenuhnya kepada Allah dalam setiap keadaan dan menyandarkan setiap urusan kepadanya. Sifat tawakal inilah yang membangkitkan kekuatan zahir dan batin di dalam jiwa dan diri saya yang menyebabkan segala kepayahan dapat dihadapi dengan mudah. Sifat ini menepati seruan Allah s.w.t: وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ "....sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). (Surah Al-Talaq 65: Ayat 3) Lihat betapa indahnya pesanan Rasulullah s.a.w untuk kita, di dalam sebuah hadisnya: احْفَظْ اللَّهَ يَحْفَظْكَ احْفَظْ اللَّهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلْ اللَّهَ وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَاعْلَمْ أَنَّ الْأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوكَ إِلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ لَكَ وَلَوْ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوكَ إِلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَيْكَ رُفِعَتْالْأَقْلَامُ وَجَفَّتْ الصُّحُفُ قَالَ هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ "Pelihara titah perintah Allah nescaya ia akan memelihara engkau (sepanjang masa), peliharalah larangan Allah nescaya engkau dapati ia selalu di hadapanmu. Apabila kamu meminta, hendaklah kamu meminta kepada Allah dan apabila kamu engkau memohon hendaklah engkau memohon petolongan dari Allah. Ketahuilah, seandainya umat manusia sepakat untuk memberi sesuatu manfaat untukmu, mereka tidak dapat memberinya melainkan mengikut apa yang telah Allah tetapkan untukmu dan sekiranya mereka sepakat untuk menimpakan engkau dengan sesuatu keburukan tidaklah mereka dapat melakukannya melainkan dengaan sesuatu yang Allah Taala telah tentukan ke atas dirimu, kerana telah terangkat pena dan telah kering kertas (telah ditentukan kesemuanya)." 18. Saya mestilah mensyukuri nikmat-nikmatnya ke atas diri saya yang merupakan kurniaan dan rahmat yang tidak terhitung jumlahnya. Bersyukur itu adalah satu dari tanda kemuliaan adab seseorang penerima terhadap pemberi dan pengurnia. Allah menyatakan: وَاللَّهُ أَخْرَجَكُمْ مِنْ بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur. (Surah Al-Nahl 16: Ayat 78) Seterusnya Allah berfirman: وَءَايَةٌ لَهُمُ الْأَرْضُ الْمَيْتَةُ أَحْيَيْنَاهَا وَأَخْرَجْنَا مِنْهَا حَبًّا فَمِنْهُ يَأْكُلُونَ(33)وَجَعَلْنَا فِيهَا جَنَّاتٍ مِنْ نَخِيلٍ وَأَعْنَابٍ وَفَجَّرْنَا فِيهَا مِنَ الْعُيُونِ(34)لِيَأْكُلُوا مِنْ ثَمَرِهِ وَمَا عَمِلَتْهُ أَيْدِيهِمْ أَفَلَا يَشْكُرُونَ Dan dalil yang terang untuk mereka (memahami kekuasaan dan kemurahan kami), ialah bumi yang mati; kami hidupkan ia serta kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripada biji-bijian itu mereka makan. 34- Dan kami jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur dan kami pancarkan padanya beberapa mata air, 35- Supaya mereka makan dari buah-buahannya dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan mereka; maka patutkah mereka tidak bersyukur?. (Surah Yasin 36: Ayat 33-35) Sebenarnya Allah s.w.t telahpun menambahkan kurnianya kepada orang-orang yang bersyukur dan mengugut akan menambah kerugian terhadap golongan yang ingkar. Firman Allah: وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras. (Surah Ibrahim 14; Ayat 7) 19. Saya mestilah sentiasa beristighfar memohon keampunan kepada Allah, istighfar itu dapat membersihkan diri dari dosa di samping memperbaharui taubat dan iman. Istighfar juga dapat memberikan kerehatan dan keheningan kepada jiwa. Allah berfirman: وَمَنْ يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَحِيمًا Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Al-Nisa' 4: Ayat 110) Firman Allah seterusnya: وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (Surah Ali-'Imran 3: ayat: 135) 20. Akhir sekali saya juga mestilah sentiasa bermuraqabah (merasai berada di bawah pengawasan) dengan Allah s.w.t dalam keadaan terang mahupun tersembunyi kerana mengingatkan firman Allah: * مَا يَكُونُ مِنْ نَجْوَى ثَلَاثَةٍ إِلَّا هُوَ رَابِعُهُمْ وَلَا خَمْسَةٍ إِلَّا هُوَ سَادِسُهُمْ وَلَا أَدْنَى مِنْ ذَلِكَ وَلَا أَكْثَرَ إِلَّا هُوَ مَعَهُمْ أَيْنَ مَا كَانُوا ثُمَّ يُنَبِّئُهُمْ بِمَا عَمِلُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dialah yang keempatnya dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai, melainkan Dia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. Kemudian Dia akan memberitahu kepada mereka pada hari kiamat, apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Surah Al-Mujadalah 58: 7) http://zulkiplyharun.com/php/modules.php?name=fy&file=fy1